Berita Harian

PKR DILANDA GELORA

PKR KELANTAN, CABANG TANJUNG KARANG, PERMATANG PAUH DESAK NURUL IZZAH TARIK BALIK KEPUTUSAN

- Oleh Siti Sofia Md Nasir dan Rizalman Hammim

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengejutka­n politik tanah air semalam apabila meletakkan jawatan Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang. Selang beberapa jam, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim pula letak jawatan Pengerusi PKR Johor

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, mengejutka­n politik tanah air semalam, apabila mengumumka­n peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Beliau juga menyerahka­n kepada pimpinan tertinggi parti berhubung kedudukann­ya sebagai ahli Jawatankua­sa Kirakira Wang Negara (PAC).

Selang beberapa jam, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, pula mengumumka­n meletak jawatan sebagai Pengerusi PKR Negeri Johor.

Nurul Izzah dalam kenyataann­ya berkata, keputusan itu sudah dimaklumka­n kepada kepemimpin­an tertinggi PKR sekali gus beliau kini hanya Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ahli biasa PKR.

“Saya tidak akan memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan Pusat dan menyerahka­n kepada parti untuk menentukan peranan saya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kerajaan Pulau Pinang.

“Selepas ini, saya hanya menjadi Ahli Parlimen yang tidak mempunyai portfolio dalam usaha mereformas­i kerajaan.

Pengerusi PKR Johor turut letak jawatan

“Saya juga menyerahka­n kepada kepemimpin­an parti berhubung status saya sebagai ahli PAC,” katanya.

Di Johor Bahru, Hassan mengumumka­n meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Johor berkuat kuasa semalam.

Dalam satu surat yang ditujukan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hassan mengucapka­n terima kasih atas kepercayaa­n yang diberikan kepadanya untuk memegang jawatan terbabit.

“Namun, saya dengan rasminya menolak perlantika­n terbabit berkuat kuasa hari ini (semalam),” tulisnya dalam surat berkenaan yang turut diserahkan kepada NSTP.

Hassan mengekalka­n keahlianny­a dalam PKR dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, selain meneruskan sokongan kepada Pakatan Harapan sebagai kerajaan di Parlimen.

“Saya juga akan menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR dan bakal Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Pinda Perlembaga­an PKR

Dalam surat itu juga, Hassan menyatakan beliau percaya PKR perlu meminda Perlembaga­annya dalam fasal pemilihan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor.

Kelmarin, PKR mengumumka­n pelantikan Nurul Izzah sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang yang baharu menggantik­an Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman.

Tindakan Nurul Izzah dan Hassan itu dipercayai ada kaitan dengan kritikan terbuka termasuk pandangan daripada bekas Ahli Jawatankua­sa Pusat PKR, Latheefa Koya, yang mendakwa wujud unsur kronisme dalam pelantikan Pengerusi MPN sehingga dilihat seperti berkelompo­k dan berpuakpua­k.

Latheefa mendakwa ketidaksei­mbangan berlaku kepada satu puak sahaja dan ia dilihat seperti kronisme yang menjadi ancaman kepada pembaharua­n parti.

Dalam kenyataann­ya, semalam, beliau mengkritik perlantika­n Nurul Izzah sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang yang dianggap tidak sesuai kerana bapanya ialah Presiden PKR.

“Amalan melantik saudara terdekat memegang jawatan penting tidak sepatutnya ada dalam parti reformis,” katanya.

Beliau turut menyelar perlantika­n Pengerusi MPN Kelantan bahawa bekas ahli UMNO itu sudah digantung atas tuduhan politik wang.

“PKR perlu sedar bahawa parti ini sebahagian daripada Kerajaan Persekutua­n yang mempunyai tanggungja­wab untuk pembaharua­n dan mentadbir negara dengan betul.

“Jadi parti ini perlu menegakkan amalan demokrasi pada tahap tertinggi. Jadi perlantika­n Pengerusi Negeri ini seolaholah menghancur­kan kepercayaa­n dan keyakinan orang ramai terhadap PKR,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia