Berita Harian

GOLDMAN SACHS TUDUH PENTADBIRA­N NAJIB TIPU

-

Kuala Lumpur: Goldman Sachs menuduh Kerajaan Malaysia ketika pentadbira­n lama berbohong kepada bank pelaburan itu selepas Malaysia memfailkan pertuduhan terhadap Goldman Sachs Group Inc berhubung skandal kewangan 1MDB.

Kenyataan itu dikeluarka­n selepas Peguam Negara, Tommy Thomas mendakwa bank itu dan dua bekas kakitangan­nya berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan skandal berkenaan.

Fail tuduhan jenayah

Tommy kelmarin memfailkan tuduhan jenayah terhadap Goldman Sachs dan empat individu lain kerana mengalihka­n dana yang berjumlah kira-kira AS$2.7 bilion (RM11.2 bilion) dari 1MDB, menyogok pegawai dan memberi kenyataan palsu berkaitan dana 1MDB.

Wang berkenaan digunakan membeli pelbagai barangan, termasuk kapal layar dan karya seni merujuk kes penipuan membabitka­n bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Goldman Sachs diasak dengan pertanyaan mengenai peranannya sebagai bank yang sepatutnya membantu 1MDB menambah hasil dana menerusi beberapa penerbitan bon.

“Beberapa bekas kakitangan kerajaan Malaysia dan 1MDB berbohong kepada Goldman Sachs, pegawai undang-undang dan individu lain mengenai keberhasil­an urus niaga ini.

Dalang penipuan

“Ketua Pegawai Eksekutif dan Lembaga Pengarah 1MDB yang bertanggun­gjawab melaporkan terus kepada Perdana Menteri ketika itu, memberikan jaminan bertulis kepada Goldman Sachs bahawa tidak ada perantara yang akan terbabit untuk setiap transaksi,” kata jurucakap Goldman Sachs, Michael Duvally dalam satu kenyataan.

Low Taek Jho atau Jho Low dituduh sebagai dalang penipuan skandal 1MDB, tetapi tidak memegang jawatan rasmi dalam dana itu.

Meskipun diasak dengan pelbagai tuduhan beliau tetap mengaku tidak bersalah.

Selain beliau, bekas Pengerusi dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Asia Tenggara, Tim Leissner dan Pengarah Urusan Goldman Sachs, Ng Chong Hwa turut didakwa.

Kata Duvally, bank itu tidak diberi peluang mempertaha­nkan diri sebelum tuduhan itu difailkan dan akan mencabar pendakwaan itu.

Pihak berkuasa Malaysia mendakwa AS$2.7 bilion (RM11.2 bilion) disalahgun­akan daripada terbitan bon 1MDB, selain bank itu mengenakan komisen dan yuran ‘atas purata’ bernilai AS600 juta (RM2.5 bilion).

Selain Leissner, Hwa dan Low, pihak berkuasa Malaysia turut mendakwa bekas pekerja 1MDB Jasmine Loo Ai Swan.

Saham Goldman Sachs turun 2.8 peratus pada Isnin lalu selepas pertuduhan itu dibacakan.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia