Berita Harian

MOURINHO KENA PECAT

Susulan prestasi hambar Red Devils musim ini

-

Manchester United memecat pengendali­nya, Jose Mourinho (gambar) berikutan persembaha­n longlai yang ditampilka­n kelab itu musim ini, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, semalam.

United mengharung­i permulaan terburuk dalam saingan liga selepas 28 tahun dan tumbang 1-3 kepada seteru tradisi, Liverpoool, Isnin lalu yang menjadi perlawanan terakhir Mourinho di kelab berkenaan.

“Manchester United mengumumka­n pengurus Jose Mourinho meninggalk­an kelab dengan serta-merta,” kata United dalam kenyataan berkenaan.

United tangga keenam liga

“Kelab mahu mengucapka­n terima kasih kepada Jose atas kerja yang dilakukann­ya ketika bersama Manchester United dan mengucapka­n selamat berjaya untuknya pada masa depan.

“Seorang pengurus sementara akan dilantik sehingga penghujung musim ini, dengan kelab akan menjalanka­n proses pencarian untuk pengurus sepenuh masa yang baharu.”

United ketika ini menghuni tangga keenam liga selepas mengutip 26 mata daripada 17 perlawanan, ketinggala­n 19 mata di belakang pendahulu Liverpool.

Mourinho menjulang trofi Liga Europa dan Piala Liga pada kempen 2016/17 sebelum mengemudi pasukan itu ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris musim lalu dan mara ke final Piala FA.

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino tampil sebagai calon pilihan untuk menggantik­an Jose Mourinho membimbing Manchester United.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia