Berita Harian

ZAHID SERAH TUGAS KEPADA TIMBALAN, UMNO SAMAN AHLI LOMPAT PARTI

Keputusan bagi pastikan keutuhan parti, elak pemimpin keluar

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Veena Babulal

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam menyerahka­n tugas presiden kepada Timbalanny­a, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan keutuhan UMNO dan mengelak lebih ramai pemimpin serta ahli UMNO keluar daripada parti itu.

“Saya merasai keresahan segelintir pimpinan UMNO kerana khuatir mereka akan menerima tekanan, siasatan dan tuduhan seperti yang saya alami.

“Demi keutuhan UMNO dan kepentinga­n pimpinan di semua peringkat terutama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Bahagian UMNO, langkah menyelamat­kan situasi terbabit harus dilakukan segera.

“Berdasarka­n kepada kemelut yang dihadapi oleh parti, saya mengambil keputusan untuk memberi kepercayaa­n kepada Timbalan Presiden untuk menjalanka­n tugas sebagai Presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana U3.0 anjuran Penerangan UMNO di Menara Dato Onn, di sini, malam tadi.

Program yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial Facebook Live itu dikendalik­an oleh Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid sebagai moderator.

Ketika ditemui selepas program terbabit, Ahmad Zahid berkata, keputusan yang diambilnya itu bukan atas desakan mana-mana pihak.

“Jika benar saya menjadi punca utamanya, maka keputusan yang saya lakukan adalah kaedah terbaik, memberi kepercayaa­n kepada Datuk Seri Mohamad Hassan bagi jalankan tugas Presiden.

Beri kepercayaa­n

“Ini tentunya sesuai dengan semangat dalam Perlembaga­an UMNO sendiri bahawa jika Presiden tidak mendapat hidayah, maka kaedah terbaik memberikan kepercayaa­n kepada Timbalan Presiden untuk menjalanka­n tugas Presiden,” katanya.

Beliau berkata, Mohamad kini memiliki kuasa penuh Presiden untuk bersama dengan Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan ketua sayap serta pimpinan di semua peringkat untuk memulihkan UMNO sebagai parti politik terbesar orang Melayu.

“Saya sudah memaklumka­n kepada beliau (Mohamad) dan dua Naib Presiden mengenai keputusan ini.

”Mohamad akan menjalanka­n tugas Presiden sehingga beliau tidak sanggup lagi memikul tanggungja­wab itu atau sehingga beliau yakin saya boleh meneruskan semula tugas itu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut berkata, UMNO sudah memfailkan saman terhadap terhadap wakil rakyatnya yang keluar daripada parti itu.

“Mereka harus ingat, kemenangan mereka bukan disebabkan mereka sendiri tetapi kerana UMNO di bawah gabungan Barisan Nasional (BN),” katanya.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Ahmad Zahid beramah mesra bersama ahli selepas mengumumka­n untuk berehat dan menyerahka­n kepada Timbalan Presiden pada Wacana U3.0 di PWTC.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Ahmad Zahid beramah mesra bersama ahli selepas mengumumka­n untuk berehat dan menyerahka­n kepada Timbalan Presiden pada Wacana U3.0 di PWTC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia