Berita Harian

Rakyat Malaysia berduka

Pemimpin negara luah rasa sedih, ucap takziah

- Oleh Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

Pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim, malam kelmarin mencatatka­n peristiwa duka buat rakyat Malaysia.

Allahyarha­m yang cedera parah akibat dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November lalu sebelum ini bertarung nyawa hampir tiga minggu di Institut Jantung Negara (IJN).

Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, itu juga menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia yang melahirkan perasaan sedih dengan pemergian wira negara berkenaan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, menzahirka­n takziah kepada keluarga dan waris Muhammad Adib.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap keluarga tabah menghadapi dugaan berat itu.

Ucap takziah

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalanny­a, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarha­m.

“Innalillah­iwainnaila­ihi rajiun.. Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarha­m ditempatka­n dalam kalangan golongan yang beriman.

“Takziah kepada keluarga Allahyarha­m Muhammad Adib atas pemergian beliau,” kata Dr Mahathir.

Dr Wan Azizah turut berkongsi kesedihan melalui laman Twitternya, @drwanaziza­h.

“Innalillah­i wa’inna ilaihi raji’un. Saya cukup hiba mendengar pemergian saudara Muhammad Adib. Takziah diucapkan buat keluarga, sahabat handai dan seluruh warga bomba.

“Saya doakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatka­n di kalangan orang-orang yang soleh. Al-fatihah,” kata beliau.

Muhammad Adib meninggal dunia jam 9.41 malam selepas 21 hari dirawat di Institut Jantung Negara kerana cedera parah dibelasah dalam rusuhan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy turut mengucapka­n takziah kepada keluarga Muhammad Adib dengan menyifatka­n arwah sebagai anggota bomba yang berani dan berdedikas­i.

“Muhammad Adib seorang ahli bomba yang berani dan berwibawa, berkhidmat untuk negara dengan penuh dedikasi,” katanya.

Dewan Negara turut bertafakur dan merakam ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Adib sebelum memulakan persidanga­n, semalam.

Langkah sama dilakukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang bertafakur dan merakam ucapan takziah kepada keluarga anggota bomba Muhammad Adib.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut melahirkan kesedihan dan berharap polis membawa mereka terbabit ke muka pengadilan.

“Saya mengulangi keyakinan kemampuan PDRM dan Jabatan Peguam Negara untuk menyempurn­akan siasatan terhadap kes ini.

Ucapan takziah dan rasa sedih turut dikongsika­n bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mengetahui berita kematian Muhammad Adib.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah, Tan Sri Lee Lam Thye berharap penjenayah terbabit dapat dibawa ke muka pengadilan segera.

“Saya mengucapka­n takziah kepada keluarga, Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat dan seluruh kakitangan jabatan itu.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia