Berita Harian

Rawatan terbaik sudah diberikan

-

Kuala Lumpur: Muhammad Adib Mohd Kassim diberi rawatan yang terbaik daripada pakar perubatan di Institut Jantung Negara (IJN), kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata kesihatan Muhammad Adib nampak memberangs­angkan sebelum tiba-tiba merosot semula, tetapi itu kadang kala lumrah perubatan.

“Saya sendiri sudah jumpa doktor yang merawatnya di IJN, saya yakin mereka sudah lakukan yang terbaik.

“Beliau (Adib) sudah diberi rawatan terbaik yang ada,” katanya ketika ditemui pemberita di Sasana Kijang di sini semalam.

Terdahulu beliau menghadiri pelancaran laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia ke-19 mengenai Merealisas­ikan Potensi Manusia oleh Bank Dunia.

Pelancaran disempurna­kan oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Saiful Anuar.

Kesihatan merosot

Mengulas lanjut Boon Chye berkata, ketika Muhammad Adib mula-mula dimasukkan ke hospital pada 27 November lalu, paras oksigen dan tekanan darahnya amat rendah.

Katanya, beliau juga tidak pasti mengapa kesihatan Adib merosot selepas dikatakan bertambah baik sehingga kembali sedar pada 30 November lalu.

“Saya bukan doktor yang merawat. Apa yang saya dengar, paru-parunya gagal berfungsi susulan kecederaan teruk yang dialaminya.

“Kita serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan selanjutny­a dan saya ingin mengucapka­n takziah kepada keluargany­a di atas kehilangan ini,” katanya.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] ?? Dr Boon Chye pada sidang media selepas pelancaran laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia Ke-19 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] Dr Boon Chye pada sidang media selepas pelancaran laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia Ke-19 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia