Berita Harian

‘Tenanglah Adib di sana’

‘Kepulangan’ wira negara ke kampung halaman untuk disemadika­n disambut ribuan orang ramai

- Oleh Safeek Affendy Razali, Teoh Pei Ying, Faris Fuad, Nurul Hidayah Bahaudin dan Zuliaty Zulkiffli Meor Riduwan Meor Ahmad, Petah Wazzan Iskandar dan Nurul Hidayah Bahaudin

Cuaca mendung semalam menjadi saksi kesedihan seluruh rakyat, menerima berita kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Selepas hampir tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dibelasah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, hujung bulan lalu, anggota bomba itu disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam kelmarin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Seperti yang dirancang sebelum ini, Allahyarha­m `meneruskan’ perjalanan pulang ke kampung halamannya, tetapi bukan untuk menjadi Raja Sehari bersama pasangan, Nurul Najihah Mohd Radzi, sebaliknya untuk bersemadi di tanah kelahiran.

Ribuan keluarga, saudara-mara, rakan dan penduduk menyambut `kepulangan’ wira negara ini, yang tiba dengan helikopter di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau, Kuala Kedah, pada jam 10.40 pagi.

Ditemani ibu, bapa, tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi serta pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), jenazah Allahyarha­m dibawa ke rumah keluargany­a di Kampung Tebengau.

Jenazah arwah kemudian dibawa ke Masjid As-saadah, yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah itu untuk disembahya­ngkan dan kemudian dikebumika­n di tanah perkuburan Masjid As-saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah, pada jam 1.45 tengah hari.

Jenazah Allahyarha­m diuruskan mengikut istiadat kebombaan dengan seramai 200 anggota dan pegawai berpakaian seragam JBPM lengkap bersongkok mengiringi sehingga ke rumah ibu bapanya untuk penghormat­an terakhir.

Penghormat­an negara

Jalur Gemilang turut melitupi keranda Muhammad Adib sebagai penghormat­an negara kepada anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (ERMS), Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya itu.

“Muhammad Adib perlu dikenang sebagai wira negara,” kata bapa saudara arwah, Kasim Md Isa.

Sedih dengan kejadian menimpa anak saudaranya, beliau bagaimanap­un berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarha­m yang dianggap sebagai wira keluarga dan wira negara.

Datuk saudara arwah, Mohd Shukur Othman, 53, berkata ketika dirawat, arwah menulis di papan hitam yang beliau hendak balik ke kampung dan bertanyaka­n mengenai ibunya.

“Waktu itu dia tidak dapat bercakap disebabkan banyak wayar di badannya selain keadaannya yang agak lemah.

Bergurau bantu potong kenderaan

“Adib juga pernah bergurau, kalau berlaku kemalangan ketika majlis bertandang ke rumah bakal isterinya nanti, dia sendiri akan bantu memotong kenderaan untuk menyelamat­kan kami sebab dia anggota bomba,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu juga, katanya baru membeli sebuah Perodua Myvi dua bulan lalu yang ditinggalk­an di kampung bagi memudahkan keluargany­a bertandang ke rumah bakal isterinya nanti.

Pemergian arwah pastinya satu kehilangan besar buat mereka yang mengenali arwah. Baik hati, pemalu dan murah senyuman menjadi kenangan buat mereka bersama arwah.

Banyak air mata menitis mengiringi `perjalanan terakhir‘ arwah semalam, khususnya keluarga, saudara-mara dan rakan.

Rakyat Malaysia turut berdukacit­a. BH merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, tunang dan rakan Allahyarha­m. Semoga roh arwah ditempatka­n dalam kalangan mereka yang beriman.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengaminka­n bacaan doa ketika hadir memberi penghormat­an terakhir kepada jenazah Muhammad Adib di Pangkalan Udara Bomba dan Penyelamat Malaysia, Subang, semalam.
[FOTO BERNAMA] Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengaminka­n bacaan doa ketika hadir memberi penghormat­an terakhir kepada jenazah Muhammad Adib di Pangkalan Udara Bomba dan Penyelamat Malaysia, Subang, semalam.
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Jenazah Muhammad Adib disembahya­ngkan di Masjid Assaadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah, semalam. Mohd Kassim tidak dapat menahan sebak ketika pengebumia­n Muhammad Adib.
[FOTO BERNAMA] Jenazah Muhammad Adib disembahya­ngkan di Masjid Assaadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah, semalam. Mohd Kassim tidak dapat menahan sebak ketika pengebumia­n Muhammad Adib.
 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI /BH] ?? Anggota Bomba dan Penyelamat memberi penghormat­an terakhir kepada Muhammad Adib di Pangkalan Udara Bomba dan Penyelamat Subang, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI /BH] Anggota Bomba dan Penyelamat memberi penghormat­an terakhir kepada Muhammad Adib di Pangkalan Udara Bomba dan Penyelamat Subang, semalam.
 ??  ?? Jenazah Allahyarha­m Muhammad Adib tiba dengan helikopter M17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat di padang SK Tebengau, Kuala Kedah dari Pangkalan Udara Bomba Subang, semalam.
Jenazah Allahyarha­m Muhammad Adib tiba dengan helikopter M17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat di padang SK Tebengau, Kuala Kedah dari Pangkalan Udara Bomba Subang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia