Berita Harian

‘Ya abang, kita balik sama-sama’

-

Kuala Lumpur: “Esok kita samasama cuti balik kampung untuk ‘wedding’ (perkahwina­n) kita.

“Ya abang, kita balik. Kita balik sama-sama. 18/12/2018 hari kita balik ‘drive’ (memandu), orang balik juga dengan abang tapi abang dalam keadaan kaku.

“Tenang la kamu, setenang orang tengok kamu tadi.”

Sabtu ini sepatutnya menjadi detik indah buat Nurul Najihah Mohd Radzi, disatukan dengan tunang tersayang, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, namun, manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya.

Insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya itu, meragut nyawa insan tersayangn­ya dan sebagai bukti kasih sayang, Nurul Najihah [mengiringi’ perjalanan akhir buah hatinya.

Luahan hati Nurul Najihah itu dimuat naik dalam laman Instagram miliknya, susulan kematian tunangnya, selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dibelasah dalam insiden rusuhan di kuil itu, 27 November lalu.

Pertikaika­n pihak sebar kad perkahwina­n

Menerusi status dimuat naik Nurul Najihah di laman Instagram, nurulnajih­ah_radzi, gadis itu turut memuat naik gambar baju kurung dan baju Melayu berwarna kelabu berserta kad jemputan perkahwina­n mereka.

Ketika ditemui pada majlis pengebumia­n arwah, Nurul Najihah dalam nada sedih dan marah mempertika­ikan pihak yang menyebarka­n kad perkahwina­n mereka.

“Entah siapalah yang sebarkan kad perkahwina­n kami,” katanya sebelum berlalu pergi diiringi anggota bomba wanita.

Dua kad undangan ke majlis perkahwina­n pasangan itu tersebar di media sosial sejak malam kelmarin.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan undangan itu, netizen rata-rata menyuaraka­n kesedihan dan simpati dengan nasib menimpa arwah serta mendoakan Nurul Najihah supaya tabah menghadapi dugaan itu.

Tiada acara ganti kenduri

Sementara itu, keluarga Allahyarha­m Muhammad Adib memutuskan untuk tidak membuat sebarang acara bagi menggantik­an kenduri perkahwina­n yang sepatutnya berlangsun­g Sabtu ini.

Bapa Allahyarha­m, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, berkata persiapan perkahwina­n sudah dibatalkan dan mereka sekeluarga kini hanya mahu berehat selepas 20 hari bersama Allahyarha­m sepanjang rawatan.

Sepupu arwah, Amirul Ameer Azmi, 23, berkata, setakat ini kad jemputan majlis perkahwina­n arwah sudah siap, namun tidak diedarkan.

“Sepatutnya kad itu diedarkan bulan lalu namun disebabkan kejadian yang menimpa Adib, keluargany­a banyak memberi tumpuan untuk menjaganya sepanjang berada di hospital,” katanya.

Sepatutnya kad itu diedarkan bulan lalu namun disebabkan kejadian yang menimpa Adib, keluargany­a banyak memberi tumpuan untuk menjaganya sepanjang berada di hospital” Amirul Ameer Azmi, Sepupu Muhammad Adib

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM /BH] ?? Nurul Najihah ditemani Mohd Kassim menabur bunga di pusara Muhammad Adib di Tanah Perkuburan Masjid As-saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, semalam.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM /BH] Nurul Najihah ditemani Mohd Kassim menabur bunga di pusara Muhammad Adib di Tanah Perkuburan Masjid As-saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, semalam.
 ??  ?? Gambar baju kurung dan baju Melayu bersama kad jemputan perkahwina­n Muhammad Adib dengan Nurul Najihah yang dimuat naik dalam Instagram Nurul Najihah, semalam.
Gambar baju kurung dan baju Melayu bersama kad jemputan perkahwina­n Muhammad Adib dengan Nurul Najihah yang dimuat naik dalam Instagram Nurul Najihah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia