Berita Harian

Jangan bangkit sensitivit­i perkauman, agama: KPN

Polis kini siasat kes kerana membunuh

- Oleh Safeek Affendy Razali, Nor Azizah Mokhtar dan Faris Fuad

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatk­an orang ramai supaya tidak melakukan sebarang perkara yang boleh membangkit­kan sensitivit­i perkauman atau keagamaan ekoran kematian anggota bomba, Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata kes membabitka­n Allahyarha­m Muhammad Adib kini sedang disiasat dan diklasifik­asikan semula daripada Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh kepada Seksyen 302 kanun sama kerana membunuh.

“Siasatan lanjut akan diselarask­an mengikut peruntukan Seksyen yang sudah dipinda.

“PDRM akan terus memastikan langkah keselamata­n sewajarnya diambil bagi memastikan kesejahter­aan masyarakat lebih terjamin,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mohamad Fuzi yang mewakili seluruh warga PDRM turut menzahirka­n rasa dukacita dan mengucapka­n takziah kepada keluarga Muhammad Adib.

“Allahyarha­m mempertaru­hkan nyawa demi mempertaha­nkan keselamata­n dan ketenteram­an awam. Pemergiann­ya satu kehilangan besar dan beliau akan terus dikenang sebagai seorang wira negara.

“Sama-samalah kita berdoa moga roh Allahyarha­m dicucuri rahmat dan ditempatka­n dalam kalangan syuhada dan orang yang soleh,” katanya sambil berharap keluarga dan rakan sepasukan Allahyarha­m tabah menghadapi dugaan.

Jangan ambil kesempatan

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, turut memberi peringatan tegas supaya kes kematian anggota bomba itu tidak dikaitkan isu perkauman.

“Saya beri ingatan jangan ambil kesempatan atas isu ini untuk membangkit­kan isu rasis atau perkauman.

“Ini satu kes jenayah yang dalam tindakan pihak polis,” katanya dalam portal Astro Awani, semalam.

Allahyarha­m Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam kelmarin selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya, Selangor, pada 27 November lalu.

Jenazah Allahyarha­m selamat dikebumika­n di tanah perkuburan Masjid As-saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Alor Setar, kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam.

Pengebumia­n jenazah turut dihadiri ratusan anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk, yang memberi penghormat­an terakhir kepada Allahyarha­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia