Berita Harian

Zahid, PERKASA desak tubuh RCI

-

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim.

Penubuhan suruhanjay­a itu juga bagi menyiasat insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, akhir November lalu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam catatan di akaun Twitter miliknya berkata: “Keadilan untuk Muhammad Adib mesti ditegakkan.”

Beliau juga berkata, RCI bukan hanya berfungsi untuk menjalanka­n siasatan jenayah, malah menilai pembohonga­n dibuat kumpulan tertentu yang menggunaka­n agama untuk menyelewen­gkan fakta.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib, yang berkhidmat di Pejabat Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil itu ketika pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran kereta.

Beliau dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi, sebelum dipindahka­n ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.

IJN terdahulu menjelaska­n, keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur dalam tempoh 24 jam sebelum disahkan meninggal dunia malam kelmarin.

Hukum dalang

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Dr Ibrahim Ali, berkata RCI itu penting bagi memastikan dalang yang meragut nyawa anggota bomba itu menerima hukuman setimpal.

“Mereka yang bertanggun­gjawab sudah dilepaskan dengan hukuman ringan di mahkamah, beberapa hari lalu. Begitu cepat kes ini (rusuhan) dibawa ke mahkamah. Kini, berlaku kematian,” katanya.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin juga senada mendesak RCI bagi menyiasat insiden menimpa Allahyarha­m Muhammad Adib ditubuhkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia