Berita Harian

3 ahli politik minum bersama tarik perhatian

-

Kuala Lumpur: Nurul Izzah Anwar yang meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, dilihat bersama dua ahli politik terkenal di sebuah restoran di sini, tengah hari semalam.

Mereka ialah bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli serta Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Tiga pemimpin muda ini antara ahli politik popular dan mendapat perhatian ramai, terutama golongan muda.

Mereka menghormat­i antara satu sama lain dan kerap berkongsi pandangan berkaitan pelbagai isu, membabitka­n kepentinga­n rakyat serta negara.

Kelmarin, Nurul Izzah membuat kejutan apabila mengumumka­n peletakan dua jawatan berkenaan.

Beliau turut melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankua­sa Pemerkasaa­n Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Bertemu di BSC

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dilihat tiba dahulu di Restoran Alexis di Bangsar Shopping Centre (BSC), pada jam 12 tengah hari diikuti Rafizi.

Tidak lama kemudian, Khairy Jamaluddin muncul dan mereka dilihat memesan minuman.

Sehingga jam 1.30 tengah hari, mereka dilihat hanya minum, tetapi tidak pasti sama ada mereka makan tengah hari bersama.

“Saya melihat Nurul tiba dahulu, kemudian Rafizi disusuli Khairy Jamaluddin tidak lama selepas itu.

“Tidak pasti sama ada mereka makan tengah hari bersama.

“Ketika saya tinggalkan restoran itu pada jam 1.30 tengah hari, mereka masih di sana.

“Mereka kelihatan ceria sambil berbual,” kata seorang pembaca BH yang turut merakam gambar mereka.

Selepas riuh berita Nurul Izzah meletak jawatan kelmarin, Khairy Jamaluddin tampil dengan ‘katakata semangat’ yang ditujukan kepada Puteri Reformasi itu, seolaholah mahu ‘memujuk’ supaya tidak meninggalk­an dunia politik.

Dalam entri yang dimuat naik dalam akaun Twitternya, Khairy Jamaluddin memuji ketokohan Nurul Izzah, sepanjang berkecimpu­ng dalam dunia politik sebagai seorang Ahli Parlimen contoh.

Khairy Jamaluddin juga menyifatka­n Nurul Izzah sebagai ‘lawan yang berbaloi.’

Rafizi pula dilaporkan berkata, Nurul Izzah tidak berundur daripada politik, sebaliknya akan terus memainkan peranan penting di Parlimen dan politik negara.

Beliau juga menyifatka­n Nurul Izzah sebagai reformis dan pejuang serta hanya melepaskan jawatan dalam politik, tetapi kekal dengan idealisme serta perjuangan dalam arena politik negara yang ‘bercelaru’ ketika ini.

 ??  ?? Dari kiri, Rafizi, Nurul Izzah dan Khairy Jamaluddin dilihat di Restoran Alexis, BSC, Kuala Lumpur, semalam.
Dari kiri, Rafizi, Nurul Izzah dan Khairy Jamaluddin dilihat di Restoran Alexis, BSC, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia