Berita Harian

SPRM lancar operasi, serbuan bila-bila masa

Siasatan menjurus aduan sejumlah wang diberi kepada UMNO Sabah ketika pemilihan

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melancarka­n operasi dan serbuan pada bila-bila masa, bagi menyiasat dakwaan politik wang membabitka­n Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber berkata, siasatan itu dijangka membabitka­n keseluruha­n operasi UMNO, khususnya di Sabah, selepas agensi itu menerima aduan berkaitan kes itu pada Jumaat lalu.

SPRM Sabah sedia siasat

Katanya, SPRM Sabah sudah menerima ‘lampu hijau’ daripada ibu pejabatnya di Putrajaya, untuk melancarka­n siasatan berkenaan.

Beliau berkata, siasatan itu menjurus kepada kegiatan politik wang di Sabah ketika pemilihan UMNO pada Julai lalu, yang menyaksika­n Ahmad Zahid menang jawatan Presiden mengalahka­n bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Keseluruha­n UMNO bahagian di Sabah menyokong Ahmad Zahid pada pemilihan itu.

“Berdasarka­n laporan, terdapat sejumlah wang diberikan kepada UMNO Sabah, ketika pemilihan parti berjalan pada Julai lalu dan ia didakwa membabitka­n Zahid.

“Perkara ini difahamkan diketahui oleh segelintir pimpinan UMNO Sabah dan hanya baru-baru ini ia didedahkan kepada SPRM,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, siasatan SPRM itu tidak ada kena-mengena dengan pemimpin parti UMNO Sabah, yang keluar parti beramai-ramai baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n, SPRM Sabah sudah diarahkan untuk menjalanka­n siasatan berdasarka­n laporan yang dibuat.

Siasat ikut undang-undang

“Kita laksanakan siasatan berdasarka­n undang-undang kerana kita menerima laporan dan siasatan dilaksanak­an,” katanya tetapi enggan mengulas lanjut.

New Straits Times kelmarin, melaporkan SPRM akan menyiasat laporan politik wang itu mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009, kerana memberi atau menerima suapan oleh ejen.

Difahamkan, ia membabitka­n sejumlah wang RM150,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia