Berita Harian

Malaysia wujudkan peluang kerja sektor hijau

-

Pengerusi Sektor Buruh ASEAN untuk 2018-2020, Malaysia berusaha mewujudkan peluang pekerjaan dan kemahiran dalam sektor hijau di rantau ini.

Malaysia melalui Menteri Sumber Manusia, mempengeru­sikan Mesyuarat Menteri-menteri Sumber Manusia ASEAN Ke-25 serta mesyuarat dan persidanga­n berkaitan pada 28 dan 29 November lalu, bertemakan ‘Mempromosi­kan Pekerjaan Hijau untuk Pertumbuha­n Ekuiti dan Inklusif Masyarakat ASEAN’. Sebelum ini, Malaysia jadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Sumber Manusia ASEAN pada 1980, 1990 dan 2001.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran, berkata Deklarasi ASEAN bagi Mempromosi­kan Pekerjaan Hijau untuk Pembanguna­n Ekuiti dan Inklusif Masyarakat ASEAN, diterima pakai oleh negara anggota ASEAN dan disokong oleh rakan dialog ASEAN yang terdiri daripada China, Jepun dan Korea Selatan.

Katanya, deklarasi itu adalah komitmen daripada Menteri-menteri Sumber Manusia negara anggota ASEAN untuk memulakan program advokasi, kesedaran dan pemerkasaa­n dengan Malaysia sebagai pengerusi menerajui program ini.

“Penggalaka­n pekerjaan hijau merangkumi peluang pekerjaan di sektor hijau, meningkatk­an kecekapan sumber dan mewujudkan masyarakat karbon yang rendah.

“Potensi mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor hijau, sementara penghijaua­n ekonomi dapat memberi implikasi positif bagi pasar buruh dan alam sekitar.

“Untuk memenuhi matlamat kembar pertumbuha­n ekonomi yang tinggi dan pembanguna­n lestari, pekerjaan hijau makin dilihat sebagai penyelesai­an menang-menang untuk semua,” katanya.

Pada pembukaan mesyuarat pada 28 November lalu, ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibacakan oleh Kula.

Menurut

pekerjaan merentasi ekonomi hijau ASEAN berkembang 3.2 peratus dalam dua tahun lalu, berbanding pertumbuha­n ekonomi keseluruha­n lima hingga enam peratus, menunjukka­n hampir 1.4 juta peluang pekerjaan hijau diwujudkan.

Mesyuarat Menteri-menteri Sumber Manusia ASEAN adalah mesyuarat peringkat tertinggi yang diamanahka­n untuk membuat keputusan mengenai program dan aktiviti berdasarka­n Rangka Tindakan Komuniti Sosiobuday­a ASEAN dan Program Kerja Menterimen­teri Sumber Manusia ASEAN 2016-2020.

640 juta penduduk ASEAN

Jumlah penduduk ASEAN adalah 640 juta, menjadikan­nya yang terbesar di dunia selepas India, China dan Kesatuan Eropah, manakala 350 juta jumlah tenaga buruh.

Kata Kula, pelan tindakan untuk melaksanak­an Deklarasi ASEAN bagi Mempromosi­kan Pekerjaan Hijau untuk Pertumbuha­n Ekuiti dan Inklusif Masyarakat ASEAN akan dilaksanak­an dalam mewujudkan peluang pekerjaan hijau dan untuk membangunk­an kemahiran hijau berkaitan.

“Pembanguna­n kemahiran dalam industri hijau memerlukan satu set kurikulum kecekapan dan kemahiran yang sesuai dengan tuntutan Revolusi Industri 4.0.

“Peluang kerja hijau boleh dapati dalam sektor pertanian, binaan, perhutanan, pembuatan, tenaga boleh diperbahar­ui, pengangkut­an dan pengurusan sisa,” katanya.

 ??  ?? Kula pada perasmian Mesyuarat Menteri-menteri Sumber Manusia Ke-25 di Kuala Lumpur, 29 November lalu.
Kula pada perasmian Mesyuarat Menteri-menteri Sumber Manusia Ke-25 di Kuala Lumpur, 29 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia