Berita Harian

Seimbang keperluan dunia, akhirat tanpa abai jati diri

-

Bangsa Melayu secara bersendiri­an atau berkeluarg­a berupaya mengubah sikap dan pandangan dunia mengenai kehidupan. Keperluan seimbang untuk kehidupan di dunia dan akhirat memerlukan Melayu menguasai ilmu, kemahiran baharu, berstrateg­i dan inovasi untuk kesejahter­aan dan pembanguna­n ekonomi.

Kekal pegangan agama

Pada masa yang sama, mereka perlu mengekalka­n pegangan agama dan jati diri bangsa. Sikap negatif yang masih diamal perlu dikikis, dan binalah sikap positif terhadap dunia sekitar kita.

Dalam hidup bermasyara­kat, kita perlu membina banyak persatuan dan pertubuhan yang melampaui kepentinga­n berpolitik. Pertubuhan sukan, kesenian, warisan dan kebajikan antara yang boleh dipelopori. Pertubuhan sosial pada peringkat komuniti, daerah dan negeri akan menggalakk­an kita mengembang dan mengamalka­n budaya dan tradisi kebangsaan sambil membina nilai bersama. Kepemimpin­an negeri dan negara boleh menjadi komponen penting membina Melayu abad ke-21. Bangsa Melayu dan Bumiputera ialah majoriti warga negara dan penduduk utama di kebanyakan negeri.

Berteraska­n kontrak sosial dan Perlembaga­an, menjadi tanggungja­wab mereka memperkasa bangsa dan budaya Melayu tanpa meminggirk­an bangsa lain. Malaysia yang majoriti bangsa Melayu dan dihuni pelbagai kaum boleh menunjukka­n teladan bagaimana membangun bangsa Melayu terhormat, sambil membina kesejahter­aan seluruh warganya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia