Berita Harian

Ahli UMNO sertai PH dilarang pegang jawatan selama setahun

-

Kuala Lumpur: Semua bekas ahli UMNO yang menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH) tidak diberikan sebarang jawatan untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad, berkata peraturan itu antara perkara yang disepakati oleh semua parti komponen PH, iaitu PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Biar mereka (bekas wakil rakyat UMNO) menjadi BEBAS dahulu. Jika mereka akhirnya diterima (sebagai ahli parti komponen PH), mereka tidak boleh memegang sebarang jawatan selama setahun.

Panduan umum dalam PH

“Ini adalah panduan umum (dalam PH),” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Operasi GOKL dan Pelancaran Penggunaan B10 Biodiesel Bagi Kenderaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, semalam.

Mengenai penggunaan Akta Hasutan 1948 dan Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkahlan­gkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Khalid berkata akta berkenaan akan terus digunakan sehingga undang-undang baharu digubal.

“Kerajaan memang nak perbaiki undangunda­ng itu supaya ia lebih adil dan selari dengan standard antarabang­sa, namun ketika ini, undang-undang itu belum ada.

“Jadi, undang-undang sedia ada akan digunakan, namun tidak akan disalah guna. Ia digunakan berasaskan nilai yang selari dengan hak asasi manusia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia