Berita Harian

Nurul Izzah pilih jadi ahli biasa

Langkah terbaik tumpu tanggungja­wab Ahli Parlimen untuk bawa aspirasi rakyat

- Oleh Siti Nur Mas Erah Amran

Tindakan Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatan Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang dipercayai untuk memudahkan­nya menggalas tanggungja­wab sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sekali gus bebas menyuaraka­n aspirasi rakyat tanpa kongkongan politik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Nurul Izzah memiliki idealisme tersendiri dan ingin memenuhi harapan rakyat dengan pantas.

“Baginya (Nurul Izzah), ini bukan masa untuk berpolitik, sebaliknya masa untuk berkhidmat dan memberi tumpuan bagi menterjema­hkan semua harapan rakyat.

“Selain itu, kalau beliau mahu suarakan apa-apa secara terbuka, jawatan pertama yang akan orang ingat adalah, beliau anak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kedua, beliau naib presiden parti dan namanya sangat besar. Kalau bersuara, nanti orang akan salah tafsir dan menganggap beliau ada niat lain dan bukan seorang team player yang baik,” katanya selepas menghadiri program Malaysia Hari ini (MHI), di Sri Pentas, semalam.

Kelmarin, Nurul Izzah mengumumka­n peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Selain itu, beliau turut melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankua­sa Pemerkasaa­n Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Kemelut politik nasional

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, beliau ada bertemu Nurul Izzah kelmarin, malah berkesempa­tan untuk berbual panjang berhubung isu terbabit.

Katanya, Nurul Izzah memaklumka­n beliau turut melakukan solat istikharah dan percaya tindakanny­a itu adalah langkah terbaik bagi membolehka­nnya memberikan tumpuan sepenuhnya sebagai Ahli Parlimen.

“Beliau (Nurul Izzah) memilih untuk menjadi ahli biasa dan sebagai Ahli Parlimen, beliau boleh membawa aspirasi rakyat tanpa kongkongan.

“Keputusann­ya memang ada kaitan dengan latar belakang dan perkembang­an politik semasa, termasuk tindakan Ahli Parlimen pembangkan­g yang beramai-ramai keluar parti.

“Bagaimanap­un, ia lebih kepada kemelut politik nasional, bukan soal gelodak dalam PKR,” katanya.

 ?? [FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] ?? Saifuddin Nasution (kanan) bersama pengacara Fedtri Yahya pada program MHI di Sri Pentas, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] Saifuddin Nasution (kanan) bersama pengacara Fedtri Yahya pada program MHI di Sri Pentas, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia