Berita Harian

Tetap pendirian walaupun dirayu tarik keputusan

-

Kuala Lumpur: Biarpun banyak gesaan supaya menarik semula keputusann­ya meletakkan jawatan dalam PKR dan kerajaan , Nurul Izzah Anwar tekad dengan tindakanny­a.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tetap dengan pendiriann­ya walaupun tersentuh dengan gesaan pelbagai pihak supaya menarik semula keputusann­ya.

“Saya tersentuh, tetapi tidak (akan kembali),” katanya ringkas seperti yang dilaporkan sebuah portal berita semalam.

Di Nurul Izzah diminta menarik balik keputusann­ya untuk meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Gesaan itu disuarakan 13 cabang keadilan negeri itu, yang mahu pemimpin wanita muda berkenaan

Bukit Mertajam,

terus memikul tanggungja­wab dan menerima amanah yang diberikan kepadanya selepas memenangi pemilihan parti, baru-baru ini.

Ketua Cabang Keadilan Kepala Batas, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata beliau yang mewakili semua cabang keadilan negeri menghormat­i keputusan dibuat Nurul Izzah.

“Namun, keputusan beliau adalah satu kehilangan buat manamana organisasi,” katanya pada sidang media di Yayasan Aman, di sini, semalam.

Penggerak reformasi

Beliau berkata, permintaan supaya Nurul Izzah menarik balik keputusann­ya itu sudah dimaklumka­n secara peribadi oleh beberapa ketua cabang kepada Nurul Izzah.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor, Mustafa Kamal Ahmad, berkata keputusan untuk melantik Nurul Izzah sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang dibuat secara sebulat suara dalam perbincang­an semua Ketua Cabang bersama Presiden PKR di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

“Kita melihat Nurul Izzah sebagai barisan pelapis muda yang layak untuk memimpin PKR, maka tidak timbul soal nepotisme dan lompat parti seperti diperkatak­an hingga beliau membuat keputusan seperti itu.

“Beliau adalah penggerak reformasi dan memperoleh undi serta sokongan daripada semua ahli serta ketua cabang di sini. Apa yang digembar-gemburkan sudah tentu tidak betul,” katanya.

Ketua Wanita Cabang Permatang Pauh, Dr Norlela Ariffin, memberitah­u keputusan yang dibuat Nurul Izzah bukan secara tergesages­a dan mengambil kira pelbagai faktor.

“Saya yakin dia buat keputusan ini sambil memikirkan tanggungja­wabnya yang banyak, apatah lagi dia juga seorang ibu.

“Tetapi, wanita memerlukan individu seperti Nurul Izzah yang berani bersuara dan mempunyai merit terbaik daripada apa yang dilakukann­ya,” katanya.

Sementara itu, kepemimpin­an PKR Labuan menyifatka­n keputusan Nurul Izzah itu sebagai satu kehilangan kepada parti.

Ketua PKR Labuan, Simsudin Sidek, dalam satu kenyataan kepada BERNAMA berkata, majoriti ahli PKR Labuan memberi sokongan padu kepada Nurul Izzah dalam pemilihan parti, baru-baru ini, membuktika­n kepemimpin­an beliau amat diperlukan oleh segenap lapisan ahli akar umbi di Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia