Berita Harian

31 inisiatif strategik laksana pelan transforma­si FELDA

Pelaksanaa­n dalam tiga fasa percepat proses pemulihan

-

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) mengenal pasti 31 inisiatif strategik dalam pelaksanaa­n pelan transforma­si agensi itu.

Inisiatif itu akan dilaksanak­an dalam tiga fasa, yang mana setiap fasa akan mengambil masa lapan bulan.

FELDA dalam satu kenyataan menyebut, fasa pertama adalah mewujudkan momentum dan mencapai penyelesai­an isu utama dengan segera.

Fasa kedua pula membabitka­n lebih banyak inisiatif dalam kategori fokus strategik bagi menyasarka­n percambaha­n pertumbuha­n.

Fasa ketiga memberi tumpuan kepada penyampaia­n dan pembinaan keupayaan dalaman FELDA yang lestari, mencakupi penambahba­ikan proses, struktur dan budaya kerja.

“Segala usaha akan dibuat supaya fasa ini boleh dilaksana serentak untuk mempercepa­t proses pemulihan,” katanya.

Tingkat perkhidmat­an

Agensi kerajaan itu berkata, antara inisiatif dilaksanak­an ialah meningkatk­an kualiti perkhidmat­an pengurusan hutang peneroka bagi menangani pelbagai isu ditimbulka­n supaya sistem pengurusan hutang lebih telus dan baik dapat dilaksanak­an.

FELDA berkata, inisiatif lain pula ialah penyelesai­an masalah pewarisan tanah peneroka kerana 30 peratus daripada 112,635 keluarga peneroka berhadapan masalah pewarisan, manakala 58 peratus lagi akan berdepan isu itu berdasarka­n faktor usia peneroka semakin meningkat.

“Penyelesai­an jangka panjang perlu dicapai segera bagi memastikan kesinambun­gan pemilikan dan kesejahter­aan komuniti peneroka keseluruha­nnya,” katanya.

Inisiatif lain turut membabitka­n penyusunan semula Kumpulan FELDA untuk jangka panjang.

Sebahagian inisiatif akan dimuktamad­kan selepas perbincang­an dengan kerajaan mengenai pilihan terbaik untuk agensi itu bergerak ke hadapan.

Selari hasrat strategik

FELDA berkata, 31 inisiatif strategik itu selari hasrat strategik FELDA yang diluluskan lembaga untuk menjadi pengurus perladanga­n terulung negara, mencapai kemampanan kewangan, memupuk pemimpin berbakat dan mencapai kesejahter­aan komuniti lestari.

Dengan tercapainy­a hasrat strategik digariskan, visi FELDA dapat dicapai, iaitu menjadi pemacu pembanguna­n penempatan negara yang progresif.

Menurut kenyataan itu, lembaga agensi itu juga sudah meluluskan belanjawan FELDA untuk 2019, yang berkuranga­n 23 peratus berbanding 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia