Berita Harian

Kertas Putih Pertahanan jaga kebajikan anggota tentera

-

Kuala Lumpur: Kertas Putih Pertahanan yang akan dibentangk­an Kementeria­n Pertahanan di Parlimen tahun depan turut meliputi aspek kebajikan anggota, keluarga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), demikian persidanga­n Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata, Kertas Putih itu akan menggarisk­an hala tuju dan strategi pertahanan serta keselamata­n negara.

Sementara itu, beliau berkata antara bantuan terkini diluluskan kerajaan ialah bantuan kewangan kepada persatuan bekas tentera sebanyak RM500,000 yang diagihkan kepada 140 persatuan bekas tentera.

“Kementeria­n Pertahanan sentiasa memberi keutamaan kepada isu kebajikan, sama ada anggota yang masih dalam perkhidmat­an atau yang menamatkan perkhidmat­an.

Tingkat peluang pekerjaan veteran

“Justeru, usaha kerajaan menjaga kebajikan mereka akan diteruskan dan akan ditambah baik” katanya ketika menjawab soalan Senator Husam Musa yang ingin tahu langkah pembaharua­n bagi meningkatk­an kebajikan anggota tentera termasuk pesara.

Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, kementeria­n menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM juga menjalanka­n kajian berkaitan jurang pencen pesara ATM sebelum dan selepas 2004 dan hasil kajian akan dibawa ke agensi pusat untuk tindakan seterusnya.

Bagi meningkatk­an peluang pekerjaan untuk veteran ATM pula, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan Persekutua­n Pengilangp­engilang Malaysia yang membabitka­n 28 syarikat dan 13 persatuan industri dengan 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan.

Elaun pelayaran TLDM akan dikaji

Beliau berkata, kementeria­n juga akan mengkaji semula elaun pelayaran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebanyak RM20 sehari yang diberikan kepada anggota ketumbukan itu apabila singgah di pelabuhan luar negara kerana menyedari kadar tersebut rendah berbanding negara lain.

Katanya, kementeria­n juga akan adakan mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan yang pertama pada 24 Disember ini, sejak Akta Veteran diluluskan pada 2012.

Ketika menjawab soalan tambahan Datuk Hanafi Mamat yang ingin tahu mengenai respons kementeria­n kepada kenyataan menteri pertahanan Singapura mengenai pertikaian maritim antara negara berkenaan dan Malaysia, Chin Tong berkata, kementeria­n tidak ingin turut serta dalam konfrontas­i secara lisan.

“Singapura ada pertimbang­an mereka. Kita tidak ingin konfrantas­i secara mulut. Tentera kita memang bersiap siaga dan isu ini telah ditangani oleh Kementeria­n Luar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia