Berita Harian

Kementeria­n lancar Program Desa Harapan di setiap negeri

Kampung Kinjang, Chenderian­g jadi perintis projek

- Oleh Muhammad Apendy Issahak

Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) melancarka­n Program Desa Harapan dengan Kampung Kinjang, Chenderian­g, di sini, menjadi perintis pelaksanaa­n projek berkenaan hasil inisiatif kerajaan dalam pembanguna­n desa, khususnya sosioekono­mi penduduk luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, berkata sebagai permulaan Program Desa Harapan akan dilaksanak­an di kampung terpilih di setiap negeri bermula dengan Perak.

Katanya, program berkenaan dilaksanak­an secara kerjasama dengan syarikat korporat yang diterajui KPLB, manakala pelaksanaa­n program tanggungja­wab sosial (CSR) di kampung terpilih dijalankan syarikat korporat selaku rakan strategik.

Pantau keberkesan­an

“Kita laksanakan setiap negeri satu Desa Harapan bagi tempoh 2019 hingga 2020 dan sepanjang pelaksanaa­n ini kita akan pantau keberkesan­annya.

“Jika program ini berjaya kelak kita akan perkembang­kan kepada setiap daerah satu kampung dipilih untuk dilaksanak­an projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Program Desa Harapan, Kampung Kinjang, Chenderian­g di sini, semalam yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Rina berkata, ada lapan jenis bantuan dalam program berkenaan mengikut kesesuaian projek seperti keusahawan­an dan industri desa, alam sekitar dan teknologi hijau, kesihatan dan keselamata­n, kerohanian, pendidikan, kemasyarak­atan dan keceriaan, selain sukan dan kebudayaan.

“Projek perintis di Kampung Kinjang ini kita tumpukan pembanguna­n dari segi keusahawan­an dan industri desa seperti pelanconga­n kerana di sini ada air terjun antara tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Lata Kinjang.

“Syarikat korporat yang terbabit dengan kepakaran tersendiri akan turut menyumbang dari segi penganjura­n kursus serta pelbagai kemudahan lain dalam membantu penduduk setempat meningkatk­an sosioekono­mi,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini ada 25 syarikat korporat bersetuju terbabit dalam program itu dan selepas Perak, ia akan dilaksanak­an di Kedah, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, Rina dan Ahmad Faizal sempat meninjau tapak Tabika KEMAS Desa Harapan yang dibina syarikat korporat bagi program berkenaan.

Komited bantu jaya program

Sementara itu, Ahmad Faizal mengucapka­n terima kasih kepada pihak kementeria­n yang memilih Kampung Kinjang sebagai projek perintis penganjura­n program berkenaan.

“Kerajaan negeri melihat program ini bukan sesuatu yang statik, malah boleh diperkemba­ngkan lagi dan komited membantu membangunk­an lagi program ini dengan pelbagai usaha lain yang bersesuaia­n.

“Pada peringkat negeri, kami juga melaksanak­an program seumpama ini dengan membabitka­n syarikat korporat menjadikan kampung Orang Asli sebagai kampung angkat untuk dimajukan,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAIZAN YAHYA /BH] ?? Rina bersama Ahmad Faizal melawat pameran pada Majlis Pelancaran Program Desa Harapan, Kampung Kinjang, Chenderian­g di Tapah, semalam.
[FOTO MUHAIZAN YAHYA /BH] Rina bersama Ahmad Faizal melawat pameran pada Majlis Pelancaran Program Desa Harapan, Kampung Kinjang, Chenderian­g di Tapah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia