Berita Harian

Rakyat Malaysia bazir 16,688 tan makanan sehari

-

Melaka: Rakyat Malaysia membazirka­n 16,688 tan makanan setiap hari, iaitu cukup untuk memberi makan kepada 12 juta orang sehari.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersiha­n Awam (Swcorp), Mohammad Diah Wahari, berkata jumlah itu adalah hasil kajian perbadanan berkenaan pada tahun lalu.

“Sisa makanan dibazirkan ini mampu memberi makan kepada 12 juta orang untuk tiga kali makan.

“Selain itu, sisa (makanan) yang dihasilkan rakyat negara ini juga meningkat sebanyak 15 tan hingga 20 tan pada musim perayaan.

“Sebab itu, Swcorp sedang giat menjalanka­n pelbagai kempen untuk mendidik masyarakat dalam usaha menghargai makanan, termasuk kempen ‘Hargai Makanan, Jangan Membazir atau Value Food No Waste,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran program Value Food No Waste bersama Swcorp yang disempurna­kan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Tey Kok Kiew di sebuah hotel, di sini, semalam.

Kerjasama dengan hotel

Yang turut hadir, Pengarah Swcorp negeri, Sharudin Hamid.

Mohammad Diah berkata, pihaknya akan memperluas­kan kempen berkenaan dalam usaha mengurangk­an kadar pembaziran makanan di negara ini.

“Sebagai permulaan, kita bekerjasam­a dengan beberapa hotel di setiap negeri.

“Menerusi program ini, kita memberi fokus kepada makanan hidangan bufet yang belum disentuh dan masih berada dalam keadaan baik untuk dimakan untuk diagihkan kepada golongan tidak berkemampu­an,” katanya.

Beliau yakin dengan jumlah hotel yang banyak di negara ini, kempen terbabit dapat digerakkan secara besar-besaran, sekali gus memberi manfaat lebih besar kepada golongan yang memerlukan serta mengurangk­an pembaziran.

 ?? [FOTO ZUHAIRI ZUBER/BH] ?? Mohammad Diah (dua dari kiri) menyerahka­n makanan yang belum disentuh kepada Kok Kiew pada pelancaran program Value Food No Waste di Ayer Keroh, semalam.
[FOTO ZUHAIRI ZUBER/BH] Mohammad Diah (dua dari kiri) menyerahka­n makanan yang belum disentuh kepada Kok Kiew pada pelancaran program Value Food No Waste di Ayer Keroh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia