Berita Harian

Bekas pengurus TM kena setahun, denda

-

Shah Alam: Bekas Pengurus Pemasaran dan Saluran SME Telekom Malaysia (TM) dihukum penjara dan didenda sebanyak RM4,111,992.95 selepas didapati bersalah dengan 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu hampir RM1 juta, enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh, mengarahka­n Noorazlina Shamsudin, 44, dipenjara setahun bagi setiap pertuduhan yang dihadapiny­a, namun mengarahka­n semua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.

Beliau juga mengarahka­n Noorazlina dihukum penjara selama 35 bulan jika gagal membayar denda dikenakan terhadapny­a.

Noorazlina, pada 12 November 2014, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, membuat tuntutan palsu berjumlah RM822,398.59 melalui pesanan penghantar­an dan invois milik dua syarikat kontraktor Core Entity Sdn Bhd serta Excellent Spring Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sebagai bayaran bagi kerja pemasangan kabel Unifi di beberapa lokasi yang belum dilaksanak­an.

Gagal bukti keraguan

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat TM MSC Cyberjaya Complex, Cyberjaya, di antara 17 April 2012 dan 3 Januari 2013.

Terdahulu, Rozilah berkata, mahkamah itu mendapati pihak pembelaan gagal membuktika­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ketika membacakan penghakima­n dan hukuman, Rozilah berkata, hukuman di dunia adalah bersifat sementara, namun hukuman di akhirat kelak lebih teliti dan kekal.

Beliau berharap Norazlina dapat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

“Dalam tempoh setahun di antara 2012 hingga Januari 2013, dalam masa itu tak tahu apa yang Noorazlina fikirkan. Rasuah ini penyakit akhir zaman,” katanya.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohammad Heikal Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Arik Zakri Abdul Kadir dan Ahmad Kamal Abu Bakar.

Arik Zakri ketika memohon hukuman dikurangka­n berkata, Norazlina mula berkhidmat di TM sejak 1995 di Johor Bahru sebagai pembantu jualan, selain pernah mendapat anugerah Pengurus Jualan terbaik TM SME pada 2013.

Tanggung suami sakit

Katanya, tertuduh menanggung suaminya yang mempunyai pelbagai penyakit, selain sudah hilang pekerjaan dan kawan sejak kejadian itu.

“Tertuduh kini mengusahak­an ternakan kambing di Beranang atas inisiatif sendiri. Setiap kali proses perbicaraa­n di mahkamah, beliau sentiasa berzikir untuk memperoleh keampunan Allah,” katanya.

Bagaimanap­un, Mohamad Heikal berkata, pendakwaan memberi tumpuan kepada kepentinga­n orang awam berbanding kepentinga­n tertuduh dan mahukan mahkamah memberikan hukuman yang setimpal kepada Norazlina supaya kesalahan itu tidak diulangi orang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia