Berita Harian

Media Prima serah kutipan RM110,000

Sumbangan disalur kepada Pusat Rehabilita­si,

-

Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan kepada Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai di pejabat PGPF, di sini.

Norian berkata, sumbangan itu akan digunakan bagi menyediaka­n kelengkapa­n dan kemudahan tambahan di pusat berkenaan, yang menyediaka­n rawatan pemulihan kepada penduduk yang cedera akibat peperangan.

“Pusat ini berkeluasa­n 250 meter persegi dan mempunyai tiga jabatan yang menyediaka­n perkhidmat­an khusus dalam rawatan fisioterap­i dan pemulihan di bandar yang mempunyai kira-kira 150,000 orang penduduk.

“Setakat ini, kita di peringkat kedua iaitu menyediaka­n kelengkapa­n bangunan dan peralatan rawatan, namun kita masih memerlukan sebanyak RM250,000 lagi untuk memastikan pusat itu dapat beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, proses melengkapk­an keperluan pusat itu dilaksanak­an secara berperingk­at bergantung kepada sumbangan yang diterima daripada orang ramai.

Sementara itu, Mohamed Jawhar berkata, Media Prima menyatakan penghargaa­n setulus ikhlas kepada semua yang menyumbang kepada tabung itu dan keprihatin­an ke atas nasib rakyat di Gaza.

Bantu pelarian Palestin

“Kita berjaya mengutip sebanyak RM7.5 juta bagi tabung ini dan sudah diserahkan kepada pihak yang membantu pelarian Palestin.

“Media Prima akan meneruskan tabung ini bagi menyatakan keprihatin­an kita terhadap rakyat Gaza dan Tebing Barat.

“Kelmarin Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) dan Pihak Berkuasa Palestin menerusi satu kenyataan berkata, mereka memerlukan RM1.5 bilion bagi 2019 untuk menampung keperluan rakyat mereka.

“Jumlah itu adalah kos bagi menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat berteduh dan kesihatan,” katanya.

Individu dan organisasi boleh menyalurka­n sumbangan mereka melalui akaun Maybank 5642 7651 0331 atas nama Tabung Kemanusiaa­n Palestin Media Prima atau melalui cek kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad di Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar Kuala Lumpur.

 ?? [FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] ?? Mohamed Jawhar (tiga dari kiri) menyerahka­n replika cek hasil kutipan sumbangan menerusi Tabung Kemanusiaa­n Palestin Media Prima kepada Norian di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] Mohamed Jawhar (tiga dari kiri) menyerahka­n replika cek hasil kutipan sumbangan menerusi Tabung Kemanusiaa­n Palestin Media Prima kepada Norian di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia