Berita Harian

Hotel Trove jalani transforma­si jadi serba moden

-

Johor Bahru: Hotel Trove yang terletak di tengah bandar raya ini menjalani transforma­si daripada hotel lama berusia kira-kira 30 tahun kepada serba moden dengan reka bentuk menarik.

Pembukaan rasmi hotel keempat di bawah Care Luxury Hotel & Resorts (CLHR) itu disempurna­kan oleh Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, di sini semalam.

Hotel terletak di Jalan Dato Abdullah Tahir, dekat sini mempunyai 283 bilik diubah suai sejak awal tahun lalu sebelum dibuka semula tiga bulan lalu.

Pengarah Optimum Impress Sdn Bhd, Gan Hong Lee, berkata proses mengubah suai yang meliputi di setiap sudut bangunan itu memberikan wajah baharu diperlukan oleh hotel lama.

“Kita membuat transforma­si dari Hotel Selesa lama yang berusia antara 20 hingga 30 tahun. Bangunan juga seperti manusia, apabila sudah berusia lebih 20 tahun, banyak perkara tidak berfungsi dengan baik. Jadi, kita kena buat banyak usaha berbanding dengan bangunan baharu.

“Selepas banyak usaha dijalankan, kita gembira dengan perubahan hotel ini dan orang ramai juga memberi komen yang baik,” katanya ketika ditemui selepas perasmian hotel itu, di sini semalam.

Hong Lee berkata, Hotel Trove adalah hotel keempat di bawah CLHR selepas Tunamaya Beach & Spa Resort di Pulau Tioman, Hotel Granada di Johor Bahru dan Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru Coast di Kota Tinggi.

Destinasi pelanconga­n

Sementara itu, Mohamaddin berkata, Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya, mengalu-alukan Hotel Trove menjadi sebahagian daripada keluarga besar pelanconga­n dan bersama-sama berperanan umeletakka­n Malaysia dalam kalangan destinasi pelanconga­n utama di dunia.

Katanya, pada masa ini, negara menduduki tempat ke-15 di dunia dari segi ketibaan pelancong dan pihaknya percaya dengan kerjasama semua, kedudukan itu dapat diperbaiki pada masa akan datang.

Beliau berkata, menyoroti budaya unik Hotel Trove ini, beliau sedar apabila masuk ke hotel, akan disambut oleh ‘Ahoy There’ yang mengingatk­an beliau mengenai budaya penerokaan yang jarang digunakan oleh pemain industri lain.

“Saya berbangga untuk menyatakan bahawa budaya unik ini sangat bersemanga­t dan mesra serta dapat dirasakan oleh pelawat yang memasuki Hotel Trove Johor Bahru. Budaya penerokaan dalam menyediaka­n penginapan dan hospitalit­i menjadi contoh daripada sekadar memberikan perkhidmat­an yang baik kepada pelancong," katanya.

Selain itu Mohamaddin berkata, selaras Pelan Ecopelanco­ngan Kebangsaan 2016-2025 untuk agenda pembanguna­n lestari, beliau mencadangk­an Hotel Trove untuk turut menceburi inisiatif eko-pelanconga­n walaupun hotel itu terletak di tengah bandar raya Johor Bahru.

“Saya dimaklumka­n bahawa hotel ini juga menggunaka­n kriteria teknologi lestari dan hijau dengan setiap bilik disediakan dengan penapis air dan menggalakk­an tetamu menggunaka­n semula linen yang disediakan terutama bagi mengurangk­an penggunaan botol plastik, air, kos pengeluara­n dan sisa.

“Walaupun inisiatif ini boleh dianggap kecil kepada sesetengah orang, impak untuk jangka masa panjang boleh dilihat dengan ketara kepada semua,” katanya.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? Mohamaddin (tiga dari kiri), EXCO Pembanguna­n Wanita dan Pelanconga­n Johor, Liow Cai Tung (tengah), pemilik hotel, Ong Yoong Nyok (dua dari kiri) dan Hong Lee (kiri) pada majlis perasmian Hotel Trove di Johor Bahru, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] Mohamaddin (tiga dari kiri), EXCO Pembanguna­n Wanita dan Pelanconga­n Johor, Liow Cai Tung (tengah), pemilik hotel, Ong Yoong Nyok (dua dari kiri) dan Hong Lee (kiri) pada majlis perasmian Hotel Trove di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia