Berita Harian

Wanita ‘putar alam’ licik tipu mangsa di media sosial

-

Kuala Terengganu: Modal RM1, pulangan RM50,000! Itu ayat manis seorang wanita ‘putar alam’ yang didakwa menyamar sebagai pengilang produk kosmetik bagi memperdaya orang ramai, terutama yang ingin menceburi bidang perniagaan.

Wanita itu, berusia dalam lingkungan 20-an, mengiklank­an pelbagai barangan kosmetik di media sosial pada harga sangat rendah bagi setiap unit, namun pelanggan dikehendak­i memborong pada jumlah yang banyak.

Demi menambat hati pelanggan, wanita itu turut menawarkan perkhidmat­an mencetak jenama sendiri pada produk yang dibeli secara percuma sebagai sebahagian daripada pakej promosi.

Difahamkan, tidak kurang 30 orang menjadi mangsa penipuan wanita itu yang kini dipercayai menetap di Pulau Pinang, membabitka­n kerugian antara RM1,000 hingga RM20,000 seorang.

Modus operandi wanita berasal dari Jertih itu bagaimanap­un terbongkar apabila seorang daripada mangsanya musykil apabila produk yang ditempah tidak tiba pada tarikh dijanjikan sedangkan pembayaran penuh sudah dilakukan.

Norlida Yusoff, 42, berkata dia kerugian RM5,000 apabila celak yang ditempahny­a sejak September lalu, masih tidak diterima sehingga kini.

“Harga ditawarkan­nya memang menarik iaitu RM5 seunit tetapi paling sedikit kena tempah 1,000 unit dan dia juga guna taktik meminta saya buat bayaran segera dengan mendakwa promosi itu hanya untuk sehari.

Alasan barang tiada

“Bagaimanap­un, selepas lima minggu berlalu, apabila saya telefon, dia tak jawab. Selepas saya ugut akan viral (tular) dan buat laporan polis baru dia balas mesej Whatsapp kata barang saya tiada dan akan diganti dengan barang lain.

“Kerana bengang, saya dedahkan perbuatann­ya di media sosial dan kemudian baru tahu, ramai lagi yang jadi mangsa penipuanny­a.

“Paling sakit hati, dia pula berani kata akan buat laporan polis sebab kononnya saya ugut dia,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Wan Armaina Wan Ikram, 30, berkata dia kerugian RM3,500 apabila produk serum tomato yang ditempah sejak Julai lalu, tidak diterima.

“Wanita itu licik dan sangat pandai memikat sebelum menipu pelanggan. Ada juga rakan yang sudah bayar RM20,000 tetapi menerima nasib sama seperti kami.

“Bagaimanap­un, apabila rakan itu dedahkan perbuatann­ya di media sosial, dia mula muat naik video kononnya produk yang ditempah sedang diproses contohnya sedang buat cetakan jenama, padahal ia hanya helah semata-mata.

“Berkemungk­inan besar jumlah kerugian akibat penipuanny­a sudah mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya.

Sementara itu, tinjauan NSTP di laman Instagram milik wanita berkenaan mendapati dia mempunyai lebih 80,000 pengikut dan aktif memuat naik gambar serta video promosi sehingga hampir 11,000 pos.

 ?? [FOTO IMRAN MAKHZAN/BH] ?? Wan Armaina (kanan) dan Norlida menunjukka­n laporan polis yang dibuat mereka.
[FOTO IMRAN MAKHZAN/BH] Wan Armaina (kanan) dan Norlida menunjukka­n laporan polis yang dibuat mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia