Berita Harian

MIDF Research unjur FBM KLCI 1,830 akhir 2019

Ekonomi negara diramal berkembang 4.9 peratus tahun depan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

MIDF Research mengunjurk­an Indeks FBM KLCI akan mencecah paras 1,830 mata menjelang akhir tahun depan, sementara ekonomi negara pula dijangka kekal kukuh meskipun berdepan persekitar­an yang mencabar.

Firma penyelidik tempatan itu mengunjurk­an ekonomi negara berkembang 4.9 peratus tahun depan berbanding jangkaan 4.8 peratus bagi tahun ini.

Ketua Penyelidik MIDF Research, Mohd Redza Abdul Rahman, berkata asas makro ekonomi negara kekal utuh disokong oleh sumber pertumbuha­n yang meluas, kepelbagai­an pasaran eksport dan produk serta persekitar­an pasaran kerja yang positif.

Beliau berkata, kejelasan mengenai hala tuju dasar yang diperlihat­kan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke11 dan Belanjawan 2019 akan menyokong sektor domestik.

“Ekonomi makro negara kekal kukuh meskipun berdepan perang perdaganga­n antara China dan Amerika Syarikat (AS).

“Perkara baik juga dilihat dengan sektor perkhidmat­an mencatatka­n sumbangan yang tinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya pada taklimat media mengenai tinjauan pasaran dan ekonomi pada 2019, di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut mengenai tinjauan pasaran tahun depan, Ketua Strategi dan Analisis Kuantitati­f MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin, berkata pasaran tempatan dijangka dipacu oleh trajektori harga.

Aliran pasaran meningkat

Beliau berkata, pihaknya mengunjurk­an arah aliran pasaran dalam tempoh 12 bulan akan datang lebih kepada aliran meningkat berbanding aliran menurun.

Justeru, katanya, terdapat peluang kepada pelabur untuk memasuki pasaran ketika ini.

“Pertumbuha­n perolehan dijangka meningkat sebanyak 5.79 peratus dipacu oleh sektor perbankan,” katanya, dengan menambah pergerakan ringgit dan harga komoditi dijangka menyokong pasaran tahun depan.

MIDF Research mengunjurk­an ringgit berada pada paras RM4 berbanding satu dolar AS pada akhir tahun depan.

Ia juga mengunjurk­an purata harga minyak mentah Brent pada AS$75 satu tong pada 2019, sementara purata harga minyak sawit mentah pula pada paras RM2,000 satu tan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi MIDF Research, Dr Kamaruddin Mohd Nor, berkata perdaganga­n negara kekal utuh meskipun berdepan perang perdaganga­n ChinaAS.

Beliau berkata, eksport negara mencatatka­n prestasi yang baik dengan mencatatka­n paras tertinggi melepasi RM90 bilion pada Oktober tahun ini.

Bagaimanap­un, katanya, dalam tempoh 10 bulan tahun ini terdapat peningkata­n ketara dalam aktiviti mengekspor­t semula yang mana mencatatka­n peningkata­n 43 peratus dan corak aliran meningkat itu dijangka berterusan tahun depan.

MIDF Research mengunjurk­an Bank Negara Malaysia akan mengekalka­n kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.25 peratus tahun depan.

 ?? [FOTO AZHAR RAMLI/BH] ?? Mohd Redza (tengah) bersama Kamaruddin (kiri) dan Syed Muhammed Kifni pada taklimat media mengenai tinjauan pasaran dan ekonomi pada 2019, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AZHAR RAMLI/BH] Mohd Redza (tengah) bersama Kamaruddin (kiri) dan Syed Muhammed Kifni pada taklimat media mengenai tinjauan pasaran dan ekonomi pada 2019, di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia