Berita Harian

Loji jana kuasa arang batu TNB disambung ke grid nasional

-

Unit 1 loji jana kuasa arang batu Jimah East Power Sdn Bhd di Port Dickson, Negeri Sembilan, berjaya diselarask­an pada 10 Disember lalu.

Jimah East Power ialah anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan pemilikan 70 peratus.

TNB berkata, penyelaras­an pertama itu bermakna penjana Unit 1 telah diselarask­an ke sistem grid Malaysia dan mula membekalka­n elektrik.

“Ini adalah pencapaian utama ke arah penyelesai­an unit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie, berkata projek itu, Loji Tenaga Super Kritikal (USC) Keempat Malaysia, akan meningkatk­an kapasiti penjanaan TNB kepada lebih 14,000 MW.

Beliau juga berkata, loji janakuasa itu adalah Loji Tenaga Arang Batu USC ketiga TNB, selain Manjung 4 dan Manjung 5, kedua-duanya di Lumut, Perak.

“Kejayaan hari ini penting kerana ia mengesahka­n kemajuan projek pada 97 peratus,” katanya.

Karbon rendah

Loji berharga RM12 bilion itu menempatka­n dua unit Loji Tenaga Arang Batu USC 1,000 MW, dengan Unit 1 dijadual memulakan operasi komersial pada Jun 2019 dan Unit 2 pada Disember 2019.

Sementara itu, Pengurus Besar dan Pengarah Toshiba Energy Systems and Solutions, Takao Konishi, berkata Toshiba komited menyumbang kepada usaha untuk merealisas­ikan ekonomi karbon rendah dan bekalan kuasa yang stabil di Malaysia, dengan menyediaka­n teknologi penjanaan kuasa utama dunia.

Teknologi USC adalah teknologi pembakaran arang batu yang cekap dengan kecekapan sebanyak 40 peratus berbanding teknologi penghancur­an arang batu, dengan kecekapan 36 peratus.

Tenaga yang dijana dari kemudahan Jimah East Power akan dijual kepada TNB mengikut perjanjian pembelian kuasa selama 25 tahun.

 ??  ?? Leo Moggie
Leo Moggie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia