Berita Harian

Sydney Cake House sasar pendapatan RM100 juta

Jangkaan dalam tempoh tiga tahun disokong operasi kilang baharu

- Oleh Alzahrin Alias

Sydney Cake House Sdn Bhd (SCH) menyasar meraih pendapatan lebih RM100 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Jenny Chuang berkata, pendapatan itu disokong oleh operasi selama 24 jam kilang baharunya selain kerjasama strategik dengan ARYZTA Holdings Singapore Pte Ltd (ARYZTA).

Jenny berkata, kerjasama dengan ARYZTA itu membolehka­n pihaknya memasarkan produk makanan sejuk beku mereka ke pasaran baharu di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.

Beliau berkata, selain menjadi pengedar produk SCH di negara berkenaan, pihaknya juga menjadi rakan perkilanga­n ARYZTA untuk produk makanan sejuk beku yang lain.

“Ketika ini SCH meraih penda patan sekitar RM70 juta dan dalam tempoh tiga tahun akan datang kami menyasarka­n mampu mencapai RM100 juta.

“Kilang baharu kami ini juga mampu menghasilk­an 12,000 makanan sejuk beku setiap jam dan membolehka­n kami memasarkan­nya ke lebih 10 buah negara.

“Malah kerjasama dengan ARYZTA melebarkan lagi penguasaan kami ke beberapa negara baharu selain menukar teras perniagaan kami kepada pengilang produk makanan sejuk beku bagi pihak ketiga,” katanya selepas perasmian kemudahan baharunya di Pulau Indah, Klang dan majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan ARYZTA di Pulau Indah, semalam.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Jenny berkata, bagi memastikan kilangnya dapat mengeluark­an kuantiti produk yang mencu kupi, pihaknya melabur sekitar RM200,000 dalam meningkatk­an kapasiti pengeluara­nnya kepada digital.

Teknologi baharu

Beliau berkata, dengan menerima pakai teknologi baharu seperti internet untuk segalagala­nya (IOT) dan kecerdasan buatan (AI), turut menjadikan SCH berada di landasan tepat menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Malah katanya, pihaknya juga menyasarka­n membina kilang yang bakal beroperasi secara automatik sepenuhnya pada tahun 2020.

Sementara itu, Darell berkata, usahawan pembuatan tempatan harus bersedia menghadapi IR4.0 dan mengadapta­si perkara itu sendiri tanpa menunggu insentif dari kerajaan.

Beliau berkata, syarikat yang berkemampu­an dalam menukar sistem kepada automasi, seha Pengarah Urusan SCH rusnya tidak menunggu insentif kerajaan sebaliknya memulakann­ya dengan sendiri.

“Lebih baik mereka memulakan dengan inisiatif sendiri dan menjadi antara pelopor di antara syarikat lain seperti yang dilakukan oleh SCH.

“Ini kerana lebih banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memerlukan insentif kerajaan, dan mereka yang mampu, perlu menjalanka­nnya dengan sendiri,” katanya.

Darell berkata, syarikat pembuatan yang berjaya menukar sistem ke arah IR4.0 seharusnya membantu pula syarikat lain dan mewujudkan jalinan kerjasama agar sektor pembuatan dapat dipertingk­atkan.

Ketika ini katanya, sektor pembuatan menyumbang 23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 98.5 peratus PKS di Malaysia terbabit dalam sektor itu.

 ?? [ FOTO SUPIAN AHMAD / BH ] ?? Darell (tiga dari kanan) dan Chuang (tiga dari kiri) pada perasmian kemudahan baharunya di Pulau Indah dan majlis menandatan­gani MOU dengan ARYZTA di Pulau Indah, semalam.
[ FOTO SUPIAN AHMAD / BH ] Darell (tiga dari kanan) dan Chuang (tiga dari kiri) pada perasmian kemudahan baharunya di Pulau Indah dan majlis menandatan­gani MOU dengan ARYZTA di Pulau Indah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia