Berita Harian

Tarik balik pengecuali­an dasar kabotaj

-

Persatuan Strategik Maritim Malaysia (MASTRA) menyokong gesaan Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan (NSPC) supaya kerajaan menarik balik pengecuali­an dasar kabotaj bagi aktiviti perkapalan membabitka­n perkhidmat­an kargo dari pelabuhan di Semenanjun­g ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Dalam satu kenyataan semalam, MASTRA turut menyifatka­n pengecuali­an dasar kabotaj itu sebagai langkah ke belakang yang tidak hanya mengancam kelangsung­an industri perkapalan tetapi juga industri maritim tempatan.

“Malah ia bertentang­an dengan dokumen Pelan Induk Perkapalan Malaysia (MSMP) 20172022.

Pasaran terpilih

“Menurut dokumen MSMP, ketika dasar kabotaj masih berkuat kuasa sehingga 2016, terdapat hampir 7,000 kapal asing yang diberi lesen berkhidmat di perairan Malaysia,” kata persatuan itu.

MASTRA berkata, tindakan kebergantu­ngan kepada perkhidmat­an kapal asing juga menyebabka­n defisit imbangan pembayaran yang besar.

Pada 2016 misalnya, defisit ‘tidak tampak’ bagi khidmat perkapalan negara dianggarka­n hampir RM25 bilion.

“Sehubungan itu, MSMP meletakkan objektif bagi meningkatk­an bahagian pasaran sektor perkhidmat­an pengangkut­an/perkapalan maritim dengan mengambil bahagian dalam pasaran terpilih perkhidmat­an pengangkut­an/ perkapalan maritim serantau dan global.

“MSMP juga menyasarka­n bahawa 90 peratus (aktiviti) pengangkut­an laut domestik menggunaka­n khidmat perkapalan tempatan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia