Berita Harian

Maybank jangka pelaburan ASNB naik 20 peratus

- Oleh Nabil Basaruddin

Malayan Banking Bhd (Maybank) menjangkak­an peningkata­n 20 peratus pelaburan dalam Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) susulan pengenalan dua perkhidmat­an pelaburan baharu menerusi saluran digital.

Perkhidmat­an baharu itu ialah pelaburan dalam unit ASNB melalui Maybank2u dan mesin ATM yang mana keduaduany­a adalah menerusi masa nyata.

Ketua CFS Maybank Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan, berkata ketika ini lebih tiga juta transaksi ASNB dilakukan di kaunter Maybank dalam tempoh setahun yang mana sejuta daripadany­a adalah urus niaga deposit.

Katanya, kerjasama strategik dengan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu adalah tepat kerana bank berkenaan dapat menawarkan penyelesai­an bersepadu, iaitu urus niaga deposit kini dapat dilakukan menerusi platform digital walaupun selepas waktu perbankan.

“Kami menjangkak­an 50 peratus daripada transaksi deposit akan berpindah ke platform digital dan kami juga mengunjurk­an pelaburan unit ASNB meningkat 20 peratus pada 2019 dengan pelancaran dua perkhidmat­an ini.

“Sebagai peneraju dalam perbankan digital, Maybank sentiasa berusaha memanfaatk­an keupayaan digital.

“Ia adalah bagi memastikan pelanggan dapat menikmati faedah dari segi kemudahan dan transaksi yang lancar bukan hanya untuk aktiviti perbankan, tetapi juga untuk pelaburan,“katanya pada majlis pelancaran dua perkhidmat­an baru itu di Kuala Lumpur, semalam.

Tawar semakan masa nyata dan tambah nilai akaun ASNB

Perkhidmat­an itu dilancarka­n secara bersama oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin.

Hamirullah berkata, dengan pelancaran itu, Maybank menjadi bank pertama di Malaysia yang menawarkan semakan masa nyata dan tambah nilai akaun ASNB pelanggan melalui platform per bankan dalam talian dan mudah alih di 2,700 mesin ATM dan Terminal Perkhidmat­an Layan Diri seluruh negara.

“Perkhidmat­an ini juga membolehka­n pelanggan menyemak baki akaun ASNB mereka dan lima transaksi terakhir, termasuk dividen dan pemindahan secara sertamerta,” katanya.

Katanya, meskipun dua perkhidmat­an baharu itu boleh didapati dalam versi web Maybank2u, ia akan dilanjutka­n ke platform aplikasi mudah alih Maybank menjelang akhir tahun ini.

Selain itu, tambahan kepada dua servis baharu itu, ASNB dan Maybank juga mengumumka­n kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat memindahka­n dana bagi pihak pekerja ke ASNB melalui M2U Biz menjelang akhir Disember ini.

 ?? [FOTO AMIRUDIN SAHIB/BH] ?? Dari kiri; Hamirullah, Abdul Farid Abdul Rahman dan Mohammad Hussin pada majlis pelancaran dua perkhidmat­an baharu di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AMIRUDIN SAHIB/BH] Dari kiri; Hamirullah, Abdul Farid Abdul Rahman dan Mohammad Hussin pada majlis pelancaran dua perkhidmat­an baharu di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia