Berita Harian

NSK buka cawangan ke-21 di Cheras

-

NSK Holdings Sdn Bhd membuka cawangan pasar raya borong NSK Trade City (NSK) ke21 yang terletak di Bandar Mahkota Cheras selepas pembukaan cawangan ke20 di Jalan Peel, Cheras pada Februari lalu.

Pengarahny­a, Datuk Chiew Lian Keng, berkata, pembukaan cawangan yang memiliki keluasan kirakira 40,000 kaki persegi dan terletak dalam BMC Mall itu dijangka memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan sekitar untuk mendapatka­n barangan pada harga berpatutan.

“Kami optimis pasar raya borong terbaru ini mampu menarik kunjungan orang ramai kerana jenama NSK ini sudah dikenali melalui tawaran produk segar seperti sayursayur­an, daging dan makanan laut,” katanya pada media selepas pembukaan cawangan baru NSK di Bandar Mahkota Cheras, semalam.

Beliau berkata, syarikat menyediaka­n pelbagai tawaran menarik bersempena pembukaan cawangan terbaru itu seperti tawaran seekor ayam segar pada harga RM1 untuk setiap pelanggan bagi 2,000 pelanggan terawal pada 18 Disember 2018 sahaja.

Menurutnya, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatka­n satu paket beras NSK lima kilogram pada harga RM1 dengan mendaftark­an diri sebagai pemegang kad keahlian NSK iaitu Nkad bermula dari 18 Disember hingga 23 Disember ini.

Peluang dapat harga rendah

“Selain itu, NSK mengadakan promosi pelbagai barangan setiap hari sepanjang tempoh bermula 18 Disember hingga 25 Disember ini di mana pelanggan berpeluang mendapatka­n barangan keperluan harian pada harga lebih rendah untuk dua unit barangan bagi setiap pembelian,” katanya.

Lian Keng berkata, orang ramai yang berada di kawasan berdekatan Bandar Mahkota Cheras itu kini boleh mengunjung­i pasar raya borong terbaru NSK yang mula beroperasi pada jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

“Kami percaya waktu operasi ini akan memberi kemudahan bukan saja kepada suri rumah dan peniaga untuk membelibel­ah pada awal pagi malah kepada individu yang sibuk bekerja untuk mendapatka­n keperluan harian pada waktu malam,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia