Berita Harian

Pasaran catat sentimen lemah

Pelabur tunggu keputusan mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka AS

-

Peniaga berkata, kebimbanga­n ketara mengenai prospek pertumbuha­n global mempengaru­hi saham-saham pasaran Amerika Syarikat (AS) yang merosot mendadak untuk hari kedua berturut-turut selain faktor pengumuman data ekonomi yang lemah di China dan zon Eropah.

Malah, katanya, para pelabur juga lebih mempamerka­n sikap berhati-hati sementara menunggu hasil mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n AS yang bermula pada Sabtu ini.

“Beberapa aktiviti pembelian saham pada harga rendah juga muncul pada saat-saat akhir, khususnya membabitka­n saham telekomuni­kasi dan perbankan. Ini berlaku ketika FBM KLCI terus berusaha untuk kekal dalam wilayah positif,” katanya.

Di Wall Street, S&P 500 jatuh 2.1 peratus kepada 2,545 - paras terendahny­a sejak 9 Oktober 2017 manakala Purata Industri Dow Jones ditutup 2.1 peratus lebih rendah dan Indeks Nasdaq juga turun 2.2 peratus.

Bagi pasaran serantau, Indeks Straits Times Singapura turun 1.90 peratus kepada 3,055.07, Indeks Komposit Jakarta merosot 0.12 peratus kepada 6,081.87 dan Indeks Hang Seng Hong Kong lemah 1.05 peratus kepada 25,814.25.

Sentimen pasaran di Bursa Malaysia adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 700 berbanding 222 manakala 292 kaunter tidak berubah, 691 tidak didagangka­n dan 24 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.26 bilion unit bernilai RM1.90 bilion berbanding 1.46 bilion unit bernilai RM1.17 bilion pada Isnin.

Saham wajaran tinggi menyaksika­n Maybank susut lapan sen kepada RM9.22, Public Bank naik empat sen kepada RM24.26, Tenaga merosot 22 sen kepada RM12.70 manakala Petronas Chemicals rugi tiga sen kepada RM9.15.

Bagi saham aktif, VS Industry rugi 16.5 sen kepada 65.5 sen, Bumi Armada merosot setengah sen kepada 15.5 sen dan MYEG kehilangan enam sen kepada 81.5 sen.

Indeks FBM Emas turun 94.97 mata kepada 11,163.07, Indeks FBMT 100 susut 82.15 mata kepada 11,080.31, FBM 70 merosot 249.52 mata kepada 12,698.45, Indeks FBM Emas Syariah kehilangan 119.68 mata kepada 11,068.25 manakala Indeks FBM Ace menguncup 73.76 mata kepada 4,189.11.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan susut 99.72 mata kepada 17,020.06, Indeks Perladanga­n berkuranga­n 71.19 mata kepada 6,487.91 dan Indeks Produk dan Khidmat Industri turun 1.18 mata kepada 164.26.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menokok kepada 1.55 bilion saham bernilai RM1.78 bilion daripada 1.01 bilion saham bernilai RM1.09 bilion pada Isnin.

Jumlah waran meningkat kepada 431.78 juta unit bernilai RM91.67 juta daripada 256.86 juta unit bernilai RM56.88 juta, sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan bertambah kepada 272.16 juta saham bernilai RM34.25 juta daripada 198.75 juta saham bernilai RM30.02 juta.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 152.11 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an industri (390.76 juta), pembinaan (72.60 juta), teknologi (194.33 juta), SPAC (7.05 juta), perkhidmat­an kewangan (34.93 juta), hartanah (94.71 juta), perladanga­n (27.93 juta), REIT (11.09 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (405.48 juta), penjagaan kesihatan (41.94 juta), telekomuni­kasi dan media (30.90 juta), pengangkut­an dan logistik (70.35 juta) manakala utiliti (25.55 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia