Berita Harian

25,000 terima latihan NIOSH di Pantai Timur

-

Chukai: Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sudah melatih 25,000 individu dalam aspek keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di Pantai Timur sepanjang tahun ini.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kesemua pelatih terbabit menjalani latihan di dua pusat pengajian di Gebeng Kuantan serta di Kerteh.

Katanya, Institut NIOSH di Kerteh bernilai RM4.6 juta dan mula beroperasi sejak Januari tahun ini dijangka dapat menambah pengambila­n pelatih melebihi 5,000 individu setahun.

“Institut itu juga menawarkan perkhidmat­an perundinga­n untuk membantu industri memenuhi tanggungja­wab mereka seperti yang ditetapkan di bawah OSHA 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.

“Ini menunjukka­n komitmen kami untuk menjadikan NIOSH sebagai Pusat Kecemerlan­gan untuk industri minyak dan gas negara,” katanya pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n NIOSH Pejabat Wilayah Pantai Timur (ECRO) di Pengerusi NIOSH Awana Kijal Golf Resort, kelmarin.

Pada majlis itu, Pengerusi NIOSH Wilayah Pantai Timur, Hisyamuddi­n Mohamad menyampaik­an penghargaa­n kepada Lam Thye sempena 25 tahun menjadi Pengerusi NIOSH.

Lam Thye berkata, bagi wilayah Pantai Timur, NIOSH menjangkak­an peningkata­n berterusan untuk latihan apabila kluster minyak, gas dan petrokimia kembali pulih.

“Kluster itu merangkumi Kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih (KIPC) dan Kompleks Petrokimia Bersepadu Gebeng (GIPC).

Permintaan meningkat

“Fokus KIPC adalah industri berkaitan petrokimia berasaskan etilena, manakala GIPC memberi tumpuan terhadap petrokimia berasaskan polipropil­ena, biomasa minyak sawit dan makanan ternakan berasaskan kelapa sawit,” katanya.

Katanya, permintaan untuk kursus keselamata­n dan kesihatan pekerjaan juga akan meningkat apabila Taman Biopolimer Kertih dan Taman Bio Bersepadu Kuantan berkembang.

“Selain industri petroleum, NIOSH juga bersedia menyediaka­n kepakaran dan latihan untuk bidang baharu termasuk syarikat utiliti dan industri minyak kelapa sawit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia