Berita Harian

Jalan mendap 1 meter cetus kebimbanga­n

Hujan lebat berterusan punca rekahan di hadapan kediaman

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Seramai 30 penduduk Taman Baiduri, Pasir Tumboh, di sini berdepan dengan keadaan membimbang­kan apabila tanah mendap berlaku di hadapan kediaman mereka yang terletak 10 meter dari sungai berhampira­n.

Keadaan itu berlaku sejak dua minggu lalu berikutan hujan lebat berterusan menyebabka­n sebahagian laluan keluar masuk sepanjang 70 meter mendap kira-kira satu meter.

Lebih membimbang­kan, jika air sungai berkenaan melimpah, kemungkina­n tanah mendap itu akan terhakis sehingga boleh merebak ke kawasan rumah mereka.

Seorang penduduk, Sulaiman Ibrahim, 35, berkata kejadian tanah mendap di hadapan rumahnya setiap tahun berlaku jika hujan lebat, namun kali ini keadaan lebih serius sehingga menyebabka­n satu-satunya laluan keluar masuk di hadapan kediamanny­a tidak boleh dilalui.

Guna wang sendiri biayai kos menimbus

Beliau berkata, sebelum ini, penduduk di situ sepakat mengeluark­an wang sendiri untuk membiayai kos menimbus tanah setiap kali mendap, namun kali ini tanah jatuh lebih dalam berbanding biasa menyebabka­n mereka memerlukan penyelesai­an daripada pihak berkenaan supaya kejadian buruk tidak berlaku.

“Kejadian ini mula berlalu pada Isnin minggu lalu ketika saya keluar bekerja pada jam 6.30 pagi. Pada mulanya tanah hanya merekah, namun ketika mahu pulang, saya dimaklumka­n isteri, tanah mendap sehingga satu kaki (0.3 meter).

“Tanah mendap itu bertambah teruk setiap hari sehingga turun lebih satu meter kerana hujan sejak beberapa hari lalu. Kami sudah membuat aduan kepada pihak berkaitan bagi menyelesai­kan masalah ini kerana bimbang keadaan akan bertambah teruk,” katanya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Baiduri, Nasarudin Ahmad, 49, berkata selain risau pokok buluh menimpa kabel elektrik, beliau juga bimbang saluran paip dari pili bomba di bahagian tanah mendap akan pecah dan menyebabka­n lebih banyak rekahan.

Tutup laluan

“Saluran paip dari pili bomba akan menarik penyambung ke lima rumah berkenaan dan kemudian menyebabka­n lebih banyak rekahan pada tanah.

“Kami terpaksa tutup laluan berkenaan kerana tanah mendap semakin teruk,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Kelantan masih menyiasat punca tanah mendap yang berlaku di Taman Baiduri, Pasir Tumboh, di sini.

Pengarahny­a, Kamal Mustapha, berkata siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar sebelum tindakan diambil kelak.

“Kita tidak tahu lagi punca sebenar kerana masih dalam siasatan. Laporan siasatan ini kemudian akan dihantar ke Ibu Pejabat JPS di Kuala Lumpur.

“Tindakan seperti menimbus tanah tidak boleh diambil kerana ia dilihat sia-sia dan merugikan, sebaliknya kita mahu mencari penyelesai­an untuk jangka panjang seperti memperkuku­hkan tapak,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

 ?? [FOTO ZULKIFLI ZAINUDDIN /BH] ?? Sulaiman menunjukka­n tanah mendap di hadapan kediaman di Taman Baiduri, Pasir Tumboh, Kota Bharu.
[FOTO ZULKIFLI ZAINUDDIN /BH] Sulaiman menunjukka­n tanah mendap di hadapan kediaman di Taman Baiduri, Pasir Tumboh, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia