Berita Harian

PELUANG KEDUA

Hafiz mahu protege perbaiki disiplin untuk menyerlah di pentas Mentor 7

-

Tidak semua hubungan cinta yang terlerai di pertengaha­n jalan ber akhir dengan permusuhan. Mereka yang berfikiran positif sentiasa berpegang kepada prinsip rezeki, jodoh dan ajal adalah ketentuan Ilahi yang perlu diterima dengan reda.

Prinsip sama juga dipraktikk­an pelakon jelita, Emma Maembong. Meskipun hubungan cintanya dengan pelakon, Kamal Adli sudah berakhir lebih setahun lalu, dia masih menjalin persahabat­an dengan bekas kekasihnya itu.

Menerusi Instagram (IG) Story, barubaru ini, Emma memuat naik rakaman dia dan Kamal menyaksika­n konsert artis antarabang­sa bersamasam­a beberapa teman lain.

Bagi si empunya diri, dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap jejaka itu, meskipun kisah hubungan mereka yang terlerai mencetuska­n sensasi, tahun lalu.

“Memang kami sudah membawa haluan masingmasi­ng, namun kami tetap berkawan baik. Kami tidak pernah bermusuh seperti yang disangka ramai.

“Mengenai gambar di IG Story, memang kami keluar bersamasam­a untuk menonton konsert Jason Derulo dengan beberapa teman lain.

“Sebelum konsert, Kamal ada menelefon dan mengajak saya untuk makan bersama. Tidak salah kalau kami masih berkawan kerana saya tidak suka bermusuh.

“Malah, saya juga berkawan baik dengan Zizan. Disebabkan itu, kami masih boleh bergurau dan saya tidak terasa apabila diusik,” katanya.

Tak biarkan benci berlarutan

Pada usia 26 tahun, pemegang trofi Pelakon Filem Popular Anu Bintang Popular BH (ABPBH) Ke31 itu berkata, dia semakin matang dan tidak suka membebanka­n fikiran dengan perkara remeh yang boleh menjejaska­n emosi.

 ??  ?? Emma Maembong
Emma Maembong
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia