Berita Harian

Ikrar cinta Sasqia, Asyraff

Pertemuan pertama pada sesi bersama peminat di Singapura bawa pasangan ke jenjang pelamin

- Oleh Zaidi Mohamad

Pertemuan pertama ketika Sasqia Dahuri menjayakan sesi bersama peminat di Singapura menjadi permulaan indah yang menemukan jodohnya dengan ahli perniagaan, Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan.

Pertemuan yang bermula atas urusan kerja pada 26 Ogos tahun lalu tanpa disangka memutikkan perasaan yang membahagia­kan Sasqia, 33, dan Asyraff, 28.

Disatukan sebagai suami isteri pada 15 Disember lalu, Sasqia atau nama sebenarnya, Nurlisasqi­a Ahmad Dahuri bersyukur, perjala nan cinta mereka dipermudah­kan.

“Kami bertemu pada sesi ramah mesra bersama peminat yang turut membabitka­n ibu mentua sebagai penaja. Asyraff turut bersama apabila menawarkan hadiah penginapan untuk peminat bertuah.

“Ketika itu, dia langsung tidak mengenali saya sebagai artis memandangk­an Asyraff jarang mengikuti perkembang­an industri hiburan,” katanya.

Lamaran romantis

Namun kata Sasqia yang popular menerusi drama Lara Aishah, selesai acara itu, Asyraff menghantar mesej di akaun media sosialnya dan memaklumka­n, dia gembira dengan perjalanan majlis.

“Lebih sebulan berkomunik­asi menerusi pesanan di media sosial, Asyraff memberanik­an diri meminta nombor telefon saya.

“Ketika itu, dia bersikap seperti biasa dan tidak menunjukka­n perasaan sebenarnya. Tidak lama selepas itu, saya berpeluang kembali ke Singapura dan Asyraff mengundang saya makan malam bersama keluargany­a.

“Selepas sebulan berkawan, hubungan kami mulai serius dan pada November tahun lalu, dia melamar saya di sebuah lokasi di Singapura,” katanya.

Menerima 99 kuntuman mawar merah dan sebentuk cincin, Sasqia berkata, mereka mengikat tali pertunanga­n pada 21 Januari lalu sempena hari ulang tahun kelahiran Asyraff yang ke27.

Tangguh hasrat bulan madu

Merancang untuk bermula madu di London, England namun kata Sasqia, hasrat itu terpaksa ditangguhk­an memandangk­an dia perlu terlebih dahulu memberikan komitmen kepada promosi filem terbaru arahan Syafiq Yusof, Misteri Delaila.

“Kami sepatutnya berbulan madu, sekali gus meraikan ulang tahun suami saya yang ke28 di London. Memandangk­an Misteri Delaila akan ditayangka­n pada Februari depan, kami tangguhkan dulu perancanga­n itu untuk memberi laluan kepada promosi filem.

“Tidak dinafikan, saya memang teruja untuk mempromosi­kan filem yang turut dibintangi Zul Arifin, Elizabeth Tan dan Datuk Rosyam Nor,” kata Sasqia yang menggayaka­n persalinan rekaan pereka Singapura, Fatimah Mohsin pada majlis persanding­annya, Ahad lalu.

Beri masa timang zuriat

Ditanya mengenai zuriat, Sasqia yang baru tiga tahun mencipta nama sebagai pelakon berkata, dia dan suaminya hanya menyerahka­n perkara itu kepada rezeki.

“Siapa yang tidak mahu mem punyai cahaya mata, tetapi tanggungja­wab itu bukan mudah. Jika diizinkan Allah, kami berharap dikurniaka­n zuriat apabila segalagala­nya sudah stabil.

“Sebagai bakal ibu dan bapa, sudah tentu kami mahu memberikan yang terbaik untuk anak. Dalam hal ini, kami tidak perlu terburubur­u kerana rezeki setiap manusia sudah tertulis,” kata wanita kelahiran Kelantan yang membesar di ibu negara ini.

Sasqia miliki ciri wanita idaman

Sementara itu, Asyraff mengakui, Sasqia memiliki ciriciri wanita idamannya kerana isterinya itu sentiasa membuat dia selesa setiap kali mereka bertemu.

“Saya tertarik dengan pembawakan dirinya yang meyakinkan, malah Sasqia sentiasa mengutamak­an keluarga dalam segala hal.

“Selama ini, saya jarang meluangkan masa bersama keluarga kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Kehadiran Sasqia mengubah semua itu kerana dia begitu mengambil berat mengenai hubungan saya dengan keluarga,” katanya.

Tidak menghalang isterinya meneruskan minat dalam bidang lakonan, Asyraff berkata, dia memahami kerana pernah menemani Sasqia ketika menjalani penggambar­an untuk sebuah drama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia