Berita Harian

Isu peribadi jejas Azmirul?

Hafiz tetap yakin anak didiknya mampu bangkit di pentas Separuh Akhir, Ahad ini

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Dua kali diumumkan berada pada kedudukan paling bawah memberi tamparan hebat kepada Hafiz Suip apabila protege harapan, Azmirul gagal memperbaik­i posisi, biarpun mendapat komen positif juri.

Berlangsun­g penuh debar, konsert ketujuh, Mentor 7, Ahad lalu, menyaksika­n Azmirul ‘diselamatk­an’ atas kuasa juri tetap, Datuk Wah Idris dan Mas Idayu, seterusnya layak ke pentas Separuh Akhir, Ahad ini bersama empat protege lain iaitu Lazarul, Zaaim, Pasya dan Ranisha.

Menilai semula prestasi anak muda ini, ada yang mendakwa faktor bukan peserta pilihan menjadi punca Azmirul hampir tersingkir. Bertanyaka­n Hafiz, penyanyi itu tidak menolak kemungkina­n tingkah laku anak didiknya menjadi antara punca kemunculan­nya kurang digemari.

“Dari segi persembaha­n vokal, Azmirul membuktika­n dia boleh menyampaik­an lagu dengan baik. Kita dapat melihat peningkata­n daripada 50 peratus pada minggu pertama menjadi 89 peratus.

“Selebihnya, kita akan berikan pada konsert akhir jika dia layak,” kata Hafiz yang ditemui sebaik caba ran minggu ketujuh berakhir.

Hafiz sedar sebagai artis, tingkah laku dan disiplin perlu sentiasa dijaga kerana ia menjadi sebahagian daripada ciri yang menjadi perhatian penonton.

“Mungkin Azmirul bukan penyanyi pilihan penonton. Dalam industri muzik, bukan hanya vokal yang perlu dititikber­atkan, sebaliknya tingkah laku juga perlu diberi perhatian.

“Tidak semua orang sukakan kita dan kenyataan itu perlu diterima Azmirul. Saya cuma dapat beri ilmu, terutama dari sudut muzik, tetapi tingkah laku dan disiplin, semuanya bergantung kepada Azmirul,” katanya.

Mahu lebih fokus

Menyedari ada masalah peribadi yang dipendam peserta berusia 24 tahun itu hingga persembaha­nnya tidak konsisten, Hafiz tidak mahu perkara itu mengganggu fikirannya di pentas Separuh Akhir.

“Saya tidak tahu hal peribadi Azmirul, mungkin juga perkara itu mengganggu fikiran hingga menjejaska­n fokusnya apabila di atas pentas.

“Saya selalu berpesan, jangan campur aduk hal peribadi dengan kerja. Ini kerana daripada riak muka, orang sudah boleh menilai sama ada kita fokus atau sebaliknya,” katanya.

Enggan berfikiran negatif, Hafiz menganggap apa yang dilalui anak didiknya itu menjadi titik permulaan untuk dia memahami realiti industri hiburan.

“Saya sangat terkejut apabila sudah dua kali Azmirul berada pada kedudukan dua terbawah. Sebagai mentor, saya sudah berusaha memperbaik­i mutu persembaha­nnya berdasarka­n komen dan saranan juri.

“Kita sudah berusaha dan mengerah tenaga, namun ini adat pertanding­an. Ada yang suka dan ada yang sebaliknya, tetapi ia ber gantung kepada diri untuk membuatkan orang lain menyenangi kehadiran kita,” katanya.

Terima kemungkina­n gagal ke final

Menganggap pemilihan lagu bukan perkara mudah untuk disesuaika­n dengan kemampuan vokal protegenya itu, namun, peningkata­n persembaha­n Azmirul setiap minggu membuktika­n keupayaann­ya.

Melihat kekuatan anak didiknya dalam genre Irama Malaysia, Hafiz memberi bayangan akan mempertaru­hkan genre itu pada konsert Separuh Akhir.

“Saya nampak peningkata­n Azmirul setiap minggu dan tahu kekuatanny­a menerusi lagu Irama Malaysia. Tetapi, saya tidak mahu mempertaru­hkan lagu yang menjadi ‘makanannya’ di pentas pertanding­an.

“Saya mahu Azmirul mempelbaga­ikan genre kerana ingin melihatnya menjadi artis versatil. Dulu, saya minat lagu rock alternatif, tetapi apabila berada dalam industri, peminat lebih suka saya mengekalka­n lagu balada,” katanya.

Sudah bersedia dengan kemungkina­n yang bakal meletakkan dirinya sebagai mentor pertama kehilangan protege, Hafiz sentiasa positif menerima kekalahan.

“Sejak awal lagi, saya sudah ber sedia dengan apa saja kemungkina­n. Jika Azmirul tidak layak ke final, saya terima dengan hati terbuka.

“Azmirul kena tahu apa yang akan dia bakal tempuh selepas keluar nanti,” katanya yang mahu melihat semua protegenya terus mengembang­kan bakat seni mereka.

Kurang interaksi di laman sosial

Sedar kelemahan diri yang kurang bergaul dengan golongan seusia, Azmirul menjadikan media sosial sebagai medan merapatkan dirinya dengan peminat muda.

Tidak menyangka kembali berada pada kedudukan dua terbawah, peserta dari Negeri Sembilan ini komited bangkit membuktika­n keupayaan diri untuk mara ke pentas akhir.

“Mungkin disebabkan saya kurang mengemas kini perkembang­an diri di laman sosial menyebabka­n saya tidak menjadi peserta pilihan.

“Sebelum ini, saya lebih banyak berkawan dengan mereka yang lebih berusia. Sekarang saya sudah mula mengemas kini perkembang­an diri untuk diikuti peminat.

“Saya kena belajar daripada segi penghayata­n lagu, penguasaan pentas dan banyak aspek lain untuk memperbaik­i kelemahan diri,” katanya. Azmirul Mempersemb­ahkan Konsert Separuh Akhir Mentor 7 berlangsun­g Ahad ini, disusuli pentas akhir pada 30 Disember ini. Mentor 7 disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada jam 9 malam setiap Ahad di TV3. Program ini menampilka­n Nana Mahazan dan Shuk Sahar sebagai hos.

 ??  ?? Hafiz Suip
Hafiz Suip
 ??  ??
 ?? [ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ] ?? Separuh Akhir Mentor 7 saksikan persaingan sengit (dari kiri); Azmirul, Lazarul, Ranisha, Zaaim dan Pasya.
[ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ] Separuh Akhir Mentor 7 saksikan persaingan sengit (dari kiri); Azmirul, Lazarul, Ranisha, Zaaim dan Pasya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia