Berita Harian

Pereka fesyen berdepan kekangan kos

Stigma negatif sukarkan usahawan tempatan peroleh dana

- Oleh Halina Mohd Noor

Kuala Lumpur

Skerana mereka hanya melihat pasaran di dalam negara sahaja, selain tidak dapat menerima konsep menggunaka­n bahan semula jadi daripada pertanian dijadikan tekstil.

“Saya pernah membawa produk ke Singapura seperti beg tangan, baju dan cenderamat­a yang dibuat menggunaka­n tekstil berasal daripada serat nanas dan pisang dan ternyata mendapat sambutan hangat,” katanya.

Katanya, beliau terpaksa berharap kepada pelabur dari luar untuk menyediaka­n dana bagi membeli mesin khas untuk menghasilk­an tekstil berkenaan. Pereka Meraki Attelier Sdn Bhd, Rosnah Ahmad Feraal, berkata syarikatny­a banyak mengeluark­an kos sendiri untuk mendapatka­n tempat di kota fesyen seperti London dan menyertai acara fesyen di sana.

“Bagi menempatka­n produk kita di premis fesyen seperti Primark, London, pengeluar perlu menghasilk­an produk secara besarbesar­an yang pastinya menelan kos tinggi.

“Saya juga terpaksa bersaing dengan jenama terkenal lain dalam menawarkan harga yang rendah sedangkan kos untuk ke negara berkenaan sahaja sudah menelan sehingga RM50,000,” katanya.

Tidak memahami nilai industri

Pengarah Gaya Hidup dan Sains Hayat Bahagian Perdaganga­n dan Perkhidmat­an Promosi, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), Abu Bakar Yusof, berkata nilai eksport industri fesyen adalah RM15 bilion setahun di negara ini, tetapi kebanyakan datang dari pengeluar besar dan berjenama kukuh berbanding pereka fesyen sendiri.

“Tidak dinafikan sesetengah agensi kerajaan dan kewangan tidak memahami nilai industri berkenaan selain sukar untuk mengubah minda mereka.

“Di MATRADE, tidak banyak geran dan sokongan kewangan dapat diberikan tetapi kami mempunyai pasukan untuk memasar dan mempromosi­kan produk tempatan malah terdapat ramai pereka sudah mendapat manfaat daripada geran ini,” katanya.

Malah, MATRADE juga mempunyai program khas, ‘going export’ atau ‘Go X’ menyediaka­n dana sehingga RM200,000 bagi tempoh 15 bulan untuk memasarkan produk ke luar negara.

Syarikat yang terpilih akan dibantu untuk mereka program termasuk mengadakan pertemuan dengan rakan kerjasama berpotensi atau mengambil bahagian dalam sesuatu acara di luar negara.

Katanya, pengusaha perlu memiliki sedikit asas kemahiran bagaimana untuk mengekspor­t produk atau mencari platform bagi membekal produk dalam kuantiti besar.

Ini termasuk penyediaan dokumen, persetujua­n dan proses untuk melindungi kepentinga­n diri mereka apabila berurusan dengan pihak pada peringkat antarabang­sa.

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Abu Bakar (duduk tiga dari kanan) bersama ahli panel dan pereka fesyen pada forum Globalisat­ion Your Brand, Stretching Beyond Borders bersama MATRADE di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Abu Bakar (duduk tiga dari kanan) bersama ahli panel dan pereka fesyen pada forum Globalisat­ion Your Brand, Stretching Beyond Borders bersama MATRADE di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia