Berita Harian

Pembanguna­n ekonomi mantap, kukuh mampu hapus kadar kemiskinan

-

antara negara yang mempunyai masalah penganggur­an tinggi, terutama dalam kalangan belia. Berdasarka­n rekod Bank Negara Malaysia (BNM), kadar penganggur­an meningkat daripada 11.7 peratus ketika sebelum krisis 2007 kepada 13.1 peratus pada 2009.

Pada 2013, kadar penganggur­an dicatatkan 13.2 peratus dan ia dijangka terus meningkat pada tahun seterusnya. Justeru, pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi mengurangk­an kadar penganggur­an, termasuk merancang penubuhan jawatankua­sa khas oleh Kementeria­n Belia dan Sukan dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan mengambil langkah meningkatk­an latihan kemahiran belia lepasan sekolah dan kebolehpas­aran graduan menerusi dua program

dan

(GENERATE) yang dibiayai melalui Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF).

Kebolehpas­aran

Program ini bukan sahaja meningkatk­an tahap keupayaan dan kebolehan diri, tetapi mempersiap­kan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja, sekali gus meningkatk­an peluang kebolehpas­aran individu terbabit.

Golongan veteran 60 tahun ke atas yang masih aktif dan produktif juga tidak dilupakan apabila turut diberi peluang dan galakan bekerja apabila kerajaan mencadangk­an supaya caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangka­n daripada enam peratus kepada empat peratus, mulai tahun depan.

Majikan juga akan diberikan potongan cukai tambahan atas perbelanja­an penggajian golongan B40 dengan had jumlah saraan RM4,000 sebulan.

Demi kepentinga­n dan kesejahter­aan rakyat menampung kos sara hidup, kerajaan turut mencadangk­an kenaikan gaji minimum RM1,100 di seluruh Malaysia, mulai Januari ini.

Sebelum ini, kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara ditetapkan RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam yang akan dikuatkuas­akan bermula tarikh sama.

Namun, dalam Belanjawan 2019 kerajaan bersetuju dengan kenaikan RM50 menjadikan kadar gaji minimum daripada RM1,050 kepada RM1,100 selaras dengan situasi ekonomi semasa negara.

Dari sudut pandangan Islam, pembanguna­n ekonomi negara amat digalakkan kerana juga adalah sebahagian daripada tuntutan ibadat.

Pembanguna­n ekonomi yang mantap dan kukuh dapat menghapusk­an kadar kemiskinan, selain mewujudkan peluang pekerjaan yang optimum serta menegakkan keadilan sosial dan ekonomi masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia