Berita Harian

Pemburu diarah tonton ‘Bambi’ dalam penjara

Berry, anggota keluarga dituduh bunuh ratusan rusa selama tiga tahun

-

Seorang pemburu dianggap bahaya prolifik dijatuhkan hukuman menonton tayangan animasi klasik Walt Disney, Bambi berulang kali oleh mahkamah di sini sepanjang menjalani hukuman penjara.

Animasi menyayat hati itu mengisahka­n seekor anak rusa yang kehilangan ibu akibat dibunuh pemburu.

David Berry Jr akan dipaksa menonton animasi terbabit sekurang-kurangnya sekali setiap bulan sepanjang menjalani hukuman penjara, satu hukuman yang disifatkan pegawai penguat kuasa sebagai siasatan pemburuan haram terpanjang pernah disaksikan.

Lembaga Pemulihara­an Missouri yang mengumumka­n hukuman berkenaan pada 13 Disember lalu berkata, Berry dan dua anggota keluarga lain ditahan atas tuduhan membunuh ratusan ekor rusa selama tiga tahun,

Diburu secara haram

“Rusa itu adalah piala yang diburu secara haram, kebanyakan pada waktu malam untuk mendapatka­n kepala manakala badan haiwan itu akan dibiarkan begitu sahaja,” kata pendakwa Don Trotter dari Lawrence County, Missouri.

Syarikat Walt Disney memukau pelbagai lapisan generasi dengan animasi menarik mereka mengenai Bambi, seekor anak rusa bermata bundar yang kehilangan ibu, sejak mula diterbitka­n pada Ogos 1942.

Imej Bambi berbaring di sebelah bangkai rusa betina selepas ibu haiwan terbabit dibunuh pemburu kekal menjadi adegan ikonik dalam sejarah perfileman dan membantu menangani persoalan mengenai kematian di kalangan kanak-kanak, selain membimbing mereka melalui episod menyedihka­n itu.

Bambi sering mendahului senarai filem paling menyedihka­n di pawagam malah majalah Times pernah menyenarai­kan animasi berkenaan dalam 25 filem seram terbaik sepanjang masa bersama ‘Frankenste­in’,

dan ‘Night

Hakim Robert George turut memerintah­kan Berry menjalani hukuman penjara selama setahun dan mengarahka­n sherif di penjara Lawrence County mengadakan tayangan filem itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia