Berita Harian

Mockingbir­d catat kutipan pecah panggung di Broadway

-

New York: Novel mengisahka­n diskrimina­si perkauman, karya Harper Lee mencatat kutipan pecah panggung selepas diolah semula oleh Aaron Sorkin dan dipentaska­n di Broadway.

Adaptasi moden karya terkenal itu diberi nafas baru untuk disesuaika­n dengan keadaan semasa pada era pentadbira­n Presiden Donald Trump.

Mockingbir­d adalah karya ulung di Amerika Syarikat (AS) dan diangkat sebagai pemenang Hadiah Pulitzer pada 1961 selain menjadi inspirasi untuk filem yang pernah merangkul anugerah Oscar.

Sorkin mengekalka­n isu perbezaan kaum di bawah era Jim Crow namun mengadapta­si keadaan itu untuk penonton 2018, menggunaka­n senario Amerika yang masih dikongkong oleh dosa perhambaan dan harapan pihak liberal di bawah pentadbira­n Donald Trump.

Dalam satu tulisan untuk majalah New York, Sorkin menggelark­an tugas itu sebagai ‘misi bunuh diri’.

Muat 1,400 penonton

Jika ulasan majlis tayangan perdana Broadway pada malam Khamis lalu boleh dipercayai, Sorkin yang tidak menghasilk­an karya pentas sejak lebih sedekad lalu nampaknya sudah menghasilk­an kejayaan terbaru.

Panggung Shubert yang boleh memuatkan 1,400 penonton itu sudah habis ditempah sepanjang tayangan sehingga akhir September 2019.

Pementasan itu, diarahkan oleh pemenang anugerah Bartlett Sher dibintangi bintang handalan Jeff Daniels sebagai Atticus Finch, peguam berstatus duda yang membela seorang lelaki berkulit hitam selepas dituduh merogol pada tahun 1930an di Alabama.

“Kes seperti ini berlaku setiap hari di negara ini, orang dituduh secara sebarangan kerana warna kulit mereka,” kata pelakon Gbenga Akinnagbe yang pertama kali berlakon di pentas Broadway.

Akinnagbe membawa watak Tom Robinson, iaitu lelaki berkulit hitam mangsa tuduhan rambang oleh seorang lelaki bersikap perkauman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia