Berita Harian

Atletico bimbang ancaman Ronaldo

-

Nyon: Cristiano Ronaldo akan kembali ke Madrid selepas undian peringkat 16 terakhir Liga Juara-juara kelmarin menyaksika­n Juventus bertemu Atletico Madrid sekali gus memberi dia peluang mencuba stadium yang menjadi venue bagi perlawanan akhir.

Undian itu dilihat ‘kejam’ buat Atletico kerana sudah pasti Ronaldo mahu mara ke

final pada Mei depan di ibu negara Sepanyol itu dan mempamer kemampuann­ya selepas meninggalk­an Real Madrid pada musim panas lalu.

Jurucakap Atletico, Clement Villaverde berkata: “Jika anda mahu ke final, anda perlu bertanding dengan yang terbaik dan kita lihat bagaimana persiapan kedua-dua pasukan menjelang aksi pada Februari nanti.”

Harap Costa cergas

“Juventus memperkuat­kan pasukan mereka dengan mengambil Ronaldo tetapi kami juga mempunyai pemain yang bagus.”

Jurucakap Juventus, Pavel Nedved pula berkata: “Atletico mempunyai skuad hebat dan bakal menjadi aksi yang sangat sukar buat kami. Ronaldo adalah pemain Liga Juara-juara dan pasti mempunyai pengalaman luas dalam kejohanan ini.

Bekas pemain dan pengurus Real Madrid, Jorge Valdano pula berkata: “Juventus juga tidak gembira. Atletico Madrid bukanlah lawan yang mudah buat mereka.”

Ronaldo bakal merayakan ulang tahun kelahiran ke-34 menjelang pertembung­an kedua-dua pasukan.

Sementara itu Atletico Madrid mengharapk­an Diego Costa yang selesai menjalani pembedahan kaki akan kembali cergas untuk menentang Ronaldo.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia