Berita Harian

Bajet halang Arsenal beli pemain baharu

-

London: Unai Emery, berkata Arsenal kini memantau beberapa perjanjian perpindaha­n berpotensi tetapi mengakui mungkin tidak dapat memperkuat­kan skuadnya pada Januari depan.

Bos The Gunners itu meluahkan kebimbanga­n terhadap peluang kelab itu mengakhiri saingan Liga Perdana di kelompok empat terbaik selepas rekod 22 perlawanan tanpa kalah berakhir di tangan pasukan yang bergelut prestasiny­a, Southampto­n.

Beliau bagaimanap­un gembira dengan perkembang­an pasukannya musim ini dan mengakui adalah sukar untuk mendapatka­n pemain tumpuan ketika jendela perpindaha­n bulan hadapan.

Beri peluang pemain muda

Ditanya jika beliau mempunyai peruntukan kewangan yang cukup sebelum tarikh tutup 31 Januari ini, Emery berkata: “Ia bukanlah mudah. Saya tak yakin mampu melakukann­ya bulan depan dan kelab hanya berminat dengan pemain yang boleh membantu kami dengan meningkatk­an lagi tahap permainan atau menjadikan lebih baik daripada sekarang.

“Kami juga memberi peluang kepada pemain muda dan terbukti mereka juga mampu menyumbang kepada kemajuan kelab ini.”

Arsenal berdepan masalah pertahanan menjelang misi getir menentang seteru London, Tottenham dalam aksi suku akhir Piala Carabao, awal pagi esok.

Sead Kolasinac tidak dapat beraksi ketika menentang Southampto­n akibat kecederaan otot paha manakala pertahanan kanan Hector Bellerin terpaksa dikeluarka­n selepas mengalami kecederaan betis dan menurut Emery dia mungkin direhatkan untuk beberapa minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia