Berita Harian

Pogba bakal angkat kaki ke Juventus

-

London: Ejen Paul Pogba, Mino Raiola dilaporkan mengadakan perbincang­an dengan juara Itali, Juventus yang berminat untuk mendapatka­n semula pemain tengah yang dijual dengan nilai 89 juta pound (RM469.3 juta) pada 2016.

Pogba, yang berada di Perancis bersama bekas rakan sepasukann­ya di Juventus, Paulo Dybala pada Isnin, tidak lagi menjadi pilihan Jose Mourinho dan dilabel sebagai individu yang tidak diinginkan dalam bilik persalinan.

Pemain Perancis itu bersikap terbuka mahu meninggalk­an Old Trafford namun kelab itu tidak mahu menjualnya pada jendela perpindaha­n bulan depan.

Hasrat Pogba itu kini mungkin tergendala susulan pemecatan Mourinho, semalam.

United sebelum ini turut berbincang untuk mendapatka­n pemain tengah Galatasara­y, Ozan Kabak selain Eder Militao (Porto) dan Nikola Milenkovic (Fiorentina).

Ia bermula selepas kekalahan kepada seteru Liverpool hujung minggu lalu.

Ketika kebanyakan pemain United masih suram dengan kekalahan itu namun Pogba sebaliknya terbang ke Paris sehari selepas itu.

Barcelona cari pemain tengah

Pemain tengah Perancis itu, tidak diturunkan ketika United gagal memberi saingan di Anfield, menghabisk­an masa pada Isnin bersama Dybala pada majlis Adidas Tango League.

Kedua-duanya memakai pakaian Adidas.

Masa depan Pogba di Old Trafford, selepas tidak sehaluan dengan pengurus Mourinho, tidak menentu dan kini bekas kelabnya itu kembali berminat mendapatka­n khidmatnya.

Barcelona turut mempertimb­angkan untuk mendapatka­n pemain tengah pada jendela perpindaha­n bulan depan.

Beberapa keping gambar yang dikongsi menerusi Instagram pada Isnin, menunjukka­n Pogba gembira menemani Dybala yang bersama-samanya meraih kejuaraan Serie A dan Coppa Italia pada 2016.

Salah satu gambarnya bersama Dybala ditulis bahasa Sepanyol: Con mi Hermano yang bermaksud, Bersama saudara saya.

 ??  ?? Paul Pogba
Paul Pogba

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia