Berita Harian

Azizulhasn­i kini nombor 2 dunia

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Kejayaan menaiki podium dalam dua siri Piala Dunia melonjakka­n jaguh negara, Azizulhasn­i Awang ke tempat kedua ranking acara keirin Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI).

Menerusi kemaskini terbaru laman web UCI, pelumba berusia 30 tahun itu berada di belakang jaguh Australia, Matthew Glaetzer yang unggul di kedudukan pertama.

Kejayaan The Pocketrock­etman meraih meraih perak dalam keirin di siri ketiga Piala Dunia di London beberapa hari lalu membolehka­n dia mengumpul 450 mata. Gangsa diraih semasa saingan siri ketiga Piala Dunia Jerman pada awal bulan ini pula menyaksika­n dia meraih 400 mata.

Shah Firdaus KE-39

Secara keseluruha­n, ia melonjakka­n kedudukann­ya dari tangga keempat untuk mengumpul 2,445 mata, hanya ketinggala­n 55 mata di belakang Glaetzer yang kini di ranking pertama dunia.

Pelumba Jepun, Tomoyuki Kawabata ketiga (2,335) manakala pemenang emas keirin di London, Matthijs Buchli, Belanda (2,280) keempat.

Seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom berada di kedudukan ke39 dengan 1,028 mata.

Malah bagi ranking kelayakan Olimpik acara keirin, kejayaan Azizulhasn­i menaiki podium sebanyak dua kali melonjakka­n Malaysia sebanyak lima anak tangga dengan kedudukan ke13 bagi acara keirin.

Dalam acara keirin, Malaysia kini mengumpul 1,025 mata dengan Australia (2,190) diikuti Perancis (2,065) dan Great Britain (2,030).

Bagi acara pecut individu untuk ranking kelayakan Olimpik, Malaysia berda di kedudukan ke21 dengan 307 mata dan ke16 (945) bagi pecut berpasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia