Berita Harian

‘Rentung’ setia bersama TNB

-

Kuala Lumpur: Status penjaring terbanyak Sukan Olimpik Belia (YOG) 2018, meletakkan penyerang Tenaga Nasional Berhad (TNB) Akhimullah Anuar Esook sebagai pemain yang menjadi buruan menjelang saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim depan.

Justeru, tidak hairan jika ada pasukan utama mungkin berminat mendapatka­n khidmat bakat muda kelahiran Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) itu.

Begitupun, Akhimullah, 18, awal-awal lagi menyatakan dia tidak rambang mata dan sedia kekal untuk tempoh jangka panjang bersama TNB yang menyediaka­n platform terbaik dalam membangunk­an kariernya.

"Sekiranya dapat tawaran, mungkin saya tidak akan menerimany­a (tawaran) kerana saya mahu kekal bersama TNB sekali gus menjamin masa depan saya.

“Malah, saya tidak mahu mengulangi kesilapan beberapa pemain senior sebelum ini,” katanya merujuk kepada keputusan terburu-buru beberapa pemain yang pilih meninggalk­an TNB kerana menerima tawaran lumayan daripada pasukan lain.

Pemain yang lebih mesra dengan sapaan ‘Rentung’ itu muncul penjaring terbanyak YOG di Buenos Aires, Argentina selepas cemerlang meledak 22 gol untuk membantu skuad negara menjulang pingat emas sulung di temasya berkenaan dengan menewaskan India 4-2, Oktober lalu.

Sedia wakili negara (gambar)

Namanya mula menjadi sebutan peminat sejak dua tahun lalu apabila muncul pemain paling muda dipilih mewakili skuad Malaysian Tigers B ke saingan Liga Hoki Australia.

Malah, anak kelahiran Kemaman, Terengganu itu berharap dapat mengikuti jejak langkah idolanya, Faizal Saari yang pada usia muda sudah mencetak nama antara penjaring terbanyak LHM.

“Tahun lalu saya berjaya menghasilk­an enam gol, untuk tahun depan Insya-allah kalau ada rezeki saya mahu lebih untuk berada sebaris dengan Faizal dan beberapa penggempur lain walaupun sedar ia tidak mudah seperti disangkaka­n,” katanya.

Dalam pada itu, Akhimullah berkata dia tiada masalah sekiranya dipanggil untuk memperkuat­kan barisan Malaysian Tigers selepas ketua jurulatih Roelant Oltmans mengesahka­n pihaknya bersedia memberi peluang kepada pemain muda yang menyinar dalam LHM untuk disenaraik­an menyertai kem latihan skuad kebangsaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia