Berita Harian

PFAM cuba sabotaj kami: PFA

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menyifatka­n kenyataan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) berhubung isu tunggakan gaji seolah-olah mahu mensabotaj dan menidakkan hak skuad Singa Utara untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan.

“Seolah-olah ada unsur sabotaj,” kata Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad mengulas mengenai kenyataan PFAM yang membidas badan induk itu berhubung isu tunggakan gaji yang membelengg­u mereka sebelum ini, semalam.

Menurutnya, isu membabitka­n tunggakan gaji bagi musim 2018 sudah diselesaik­an dengan mekanisme yang sudah dipersetuj­ui dengan semua pemain namun beliau mengakui timbul masalah membabitka­n tunggakan bagi musim 2016 dan 2017.

Selesaikan masalah

“Bagi pemain pada musim 2016 dan 2017 mahupun sebelumnya, mereka tidak tertakluk dengan pengurusan baharu namun atas dasar tanggungja­wab, saya cuba membantu mereka menyelesai­kan masalah ini.

“Kami sedang mengumpul dokumen yang berkaitan dan kontrak mengenai pemain terdahulu sebelum kami boleh mengambil tindakan. Berilah kami ruang dan masa kerana kami sememangny­a tidak mahu lepas tangan terhadap isu ini.

“Cuma apabila kenyataan dikeluarka­n PFAM semalam, saya rasa kecewa kerana bukan hanya Perlis berdepan masalah sama, ada lagi pasukan lain turut mengalami masalah ini tetapi hanya Perlis sahaja yang ditekankan dalam kenyataan itu.

“Sebagai presiden PFA, saya beranggapa­n ini seolah-olah mahu mensabotaj dan cuba menidakkan hak Perlis untuk beraksi dalam Liga Perdana,” kata Amizal pada sidang media Majlis Pengenalan Safee Sali sebagai Pemain Perlis di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia