Berita Harian

Lee Andrew Tuck

-

Tarikh lahir: 30 Jun 1988

Umur: 30 tahun

Asal: Halifax, England

Tinggi: 175 meter

Posisi: Pemain tengah

Pasukan: Terengganu FC

Halifax, England yang neneknya kelahiran Malaysia, dijangka akan bertemu FAM hari ini untuk membincang­kan mengenai perancanga­nnya mendapatka­n taraf kerakyatan Malaysia.

Bagaimanap­un, sedikit kesukaran untuk mendapatka­n khidmat Krasniqi memandanga­n dia tidak dikekalkan oleh Kedah untuk musim baru nanti.

Di bawah peraturan FIFA, pemain perlu memiliki pertalian darah dengan mana-mana negara yang mereka mahu wakili sama ada ibu bapa atau datuk nenek yang dilahirkan di negara itu.

Irfan sokong langkah FAM

Selain itu, pemain berkenaan perlu menetap sekurang-kurangnya lima tahun sebaik mencapai usia 18 tahun di kawasan persatuan berkaitan dan tidak pernah bermain untuk manamana pasukan kebangsaan.

Dalam pada itu, pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim gembira dan menyambut baik cadangan FAM untuk mendaftar Lee Tuck sebagai pemain tempatan.

Langkah FAM itu tepat pada masanya kerana pemain itu mampu menjadi perancang yang baik jika diberi peluang menyarung jersi skuad negara.

“Saya dimaklumka­n Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang meluahkan hasrat untuk mendaftar pemain itu (Tuck) sebagai pemain tempatan.

“Kami menyambut baik cadangan itu kerana Tuck seorang pemain berkualiti dan mampu menjana dengan berkesan posisi tengah sebagaiman­a aksinya bersama skuad TFC.

“Lagipun pemain itu (Tuck) sudah bersetuju jadi pemain tempatan,” kata Irfan Bakti yang melihat kehadiran pemain itu mampu berperanan sebagai ‘jeneral’ menguatkan barisan tengah Harimau Malaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia