Berita Harian

Safee tekad julang Perlis

-

Kuala Lumpur: ‘Taring’ Singa Utara yang baharu, Safee Sali mengakui dia kurang yakin dengan kemampuan pasukan Perlis apatah lagi selepas pasukan itu bergelut dengan masalah tunggakan gaji.

Bagaimanap­un, bekas penggempur Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui ‘termakan pujukan’ terhadap tawaran yang diberikan selepas melihat kesungguha­n pengurusan pasukan itu khususnya visi yang dimiliki Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) yang baharu, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad.

“Saya faham mengenai situasi Perlis yang berdepan tunggakan gaji yang banyak. Memang saya takut pada mulanya untuk menerima tawaran Perlis.

“Namun, selepas berbincang dan mendengar penjelasan daripada Presiden PFA (Datuk Ahmad Amizal) yang memberi jaminan bahawa pengurusan 2019 jauh berbeza jika hendak dibandingk­an dengan pengurusan terdahulu, saya menjadi yakin untuk bekerjasam­a dengannya.

Piya turut serta

“Lagipun, beliau masih muda tetapi memiliki visi untuk merancakka­n lagi bola sepak Perlis. Jadi, inilah yang membuatkan saya tertarik dengan pasukan Perlis,” katanya selepas majlis memperkena­lkannya sebagai pemain baharu Perlis di sini, semalam.

Penyerang berusia 34 tahun itu menyertai beberapa lagi nama besar yang turut bersama Perlis bagi musim 2019 seperti Badhri Radzi, Khyril Muhymeen Zambri dan Amiridzwan Taj.

Mengulas lanjut mengenai sasarannya musim depan, Safee mengakui misinya adalah untuk kembali meletakkan Perlis dalam peta bola sepak negara.

“Saya tidak sabar untuk menantikan Stadium Kangar yang sebelum ini sunyi sepi kembali gamat dengan sorakan penyokong pada musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia