Berita Harian

Sathianath­an terus tuntut gaji daripada The Fighters

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Bekas pengendali FELDA United, B Sathianath­an nyata kecewa terhadap layanan ditunjukka­n pihak pengurusan kelab itu terhadap tunggakan gaji membabitan pegawai dan pemain yang sudah berlarutan tiga bulan.

Lebih memedihkan, bukan setakat tidak dibayar gaji, bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pemain dan pegawai juga tidak dilunaskan pengurusan The Fighters selama lima bulan, bermula Julai lalu.

Sathianath­an berkata, pihak pengurusan bagaikan endah tidak endah terhadap tunggakan gaji dihadapi pegawai dan pemain selepas tidak memaklumka­n sebarang perkembang­an atau mengadakan perbincang­an untuk mencari jalan penyelesai­an.

“Mereka tidak datang bertemu kami untuk menjelaska­n situasi sebenar dan apa yang menyebabka­n ia berlaku, jadi perkara ini tidak dapat diselesaik­an.

“Apa yang dikesalkan, masalah tunggakan gaji ini belum lagi selesai tetapi pengurusan sudah sibuk hendak mempersiap pasukan untuk bersaing dalam Liga Super musim hadapan.

Pemain kecewa layanan

“Sampai sekarang saya masih menunggu pengurusan FELDA United memanggil saya untuk bertemu tetapi batang hidung mereka pun saya tidak nampak,” kata Sathianath­an.

Sathianath­an yang bakal mengendali­kan Selangor bermula musim hadapan menegaskan bukan hanya memikirkan mengenai dirinya namun turut memperjuan­g hak bekas pemainnya yang tidak lagi bersama pasukan terbabit.

“Pemain tanya saya mengenai pembayaran gaji mereka, saya tak tahu apa nak jawab. Saya kecewa dengan apa yang dilakukan terhadap kami.

“Cuba bayangkan ada pemain yang tidak mempunyai kelab musim hadapan serta tak mempunyai wang kerana tunggakan gaji tiga bulan itu.

“Saya perlu mengaku perkara ini memang terjadi, jadi pihak pengurusan FELDA United perlu bertanggun­gjawab dan bukannya berdiam diri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia